suria

Kawan berubah sikap sejak jadi influencer, ajak lepak tapi sibuk buat live TikTok - “Sumpah tak dengki dia popular”

Segelintir individu fokus dengan telefon walaupun sedang bersama rakan-rakan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meraih perhatian selepas berkongsi pengalamannya berkawan rapat dengan seorang pempengaruh.

Menurutnya, pempengaruh itu mempunyai satu 'tabiat' yang menyebabkan dia mula tawar hati dan menjauhkan diri.

"Dulu kami best friend forever (BFF). Waktu kami berkawan, dia baru nak meningkat naik. Tapi, dia ada tabiat pelik. 

People using social media applications through mobile phone. Story on avoid social media scam. — FAIHAN GHANI/The Star

Orang biasa juga boleh popular dengan adanya platform media sosial. -Gambar hiasan

"Setiap kali keluar makan, dia selalu buat live TikTok. Dia tak bercakap dengan saya tapi sembang dengan pengikut.

"Dalam hati saya fikir, dia keluar nak makan dengan saya ke dengan pengikut dia? Sumpah tak dengki dia popular," tulisnya.

Menurut wanita itu, pempengaruh tersebut merupakan sahabat yang baik, kelakar dan tidak berkira soal wang.

Namun katanya, dia sudah tidak tahan kerana pempengaruh itu mula berubah sikap selepas lebih 10 tahun mereka bersahabat.

"Kalau ada pengikut dia nampak saya dalam live dan mereka kirim salam, mesti dia cakap yang saya ni bini orang.

"Dia takut saya dapat perhatian lelaki-lelaki tu. Rasa tak berbaloi (berkawan). Macam saya ni watak sampingan je. 

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal percaya kawan baik, terkejut anak 3 tahun ditinggal sendirian di lobi hotel! - “Suami aku nak cepat”

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan baik berubah sikap, bisnes nasi ayam tak tahan lama... Rupanya makan hati, marah kena bahagi untung sama rata!

"Alhamdulillah, saya dah dapat kerja jauh daripada dia. Jadi secara tak sengaja, dah buang dia daripada hidup saya," kongsinya lagi.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu yang kehilangan sahabat baiknya.

Namun kata netizen, keputusan menjauhkan diri adalah yang terbaik demi mengelakkan sebarang pertelingkahan antara mereka.

Teknologi menyebabkan segelintir individu lupa cara sebenar untuk bersosial. -Gambar hiasan

"24 jam dengan telefon, tak hormat kawan. Baik dia telan je telefon tu.

"Berkawan tu kena give and take, bukannya one sided. Awak bijak apabila pilih untuk menjauh.

"Bersyukurlah. Ada sebab Allah jauhkan dia daripada awak," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain