SEORANG jurujual kenderaan meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang pernah dianiaya pelanggan.Menurut jurujual itu, pelanggan berkenaan menerima balasan apabila kereta yang baru dibeli rosak teruk sehingga terpaksa dihantar ke pusat servis. "Saya antara yang melihat kehancuran kereta pelanggan depan mata sendiri. Hancur sikit demi sikit sampai kemalangan teruk.Ada segelintir pelanggan memaksa SA memberikan pelbagai hadiah sebagai syarat untuk membeli kereta. -Gambar hiasan AI"Daripada urusan deal, siang malam saya layan. Siap kena scam lagi. Masa nak bayar deposit, dia kata duit tak cukup RM600. Saya bayarkan dulu. Dia janji nak ganti."Lepas tu hutang saya dia buat senyap, dia block saya. Kereta dia selalu dihantar ke pusat servis sini, rosak tak habis-habis dan hari tu kemalangan pula."Apabila headquarters (HQ) call untuk minta rating, dia bagi saya markah paling teruk. Saya tak halalkan dunia akhirat," kongsi jurujual itu menerusi aplikasi Thread.Jurujual tular selepas kongsi cerita tentang pembeli kereta di Thread.Dia mendakwa dianiaya oleh pelanggan itu sehingga mengalami kerugian.Pelanggan berkenaan tak hidup tenang kerana keretanya kerap rosak.Kereta pelanggan itu juga kemalangan sehingga terpaksa dihantar ke pusat servis.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam hantaran sama, beberapa lagi jurujual turut berkongsi kisah buruk pelanggan masing-masing."Aku dah ikut apa yang pelanggan nak, tapi dia batalkan pembelian kereta last minute. Lepas tu dia ambil kereta dengan SA lain, kereta dia kena langgar belakang."Ada yang minta rebate sampai SA tinggal seluar dalam je. Minta free gift mahal, minyak RON97 penuh tangki, minta tinted lagi. Biasanya sebulan atau setahun, mesti kereta mereka akan rosak.ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual 'diserang' pelanggan tak mampu bayar ansuran kereta, sebelum beli rayu luluskan 'loan' - "Dah cakap pilih Saga je"ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual kereta senang-senang suruh buat kerja percuma, lupa diri lepas dapat pelanggan... Tanya duit poket terus ‘bluetick’"Aku pun macam ni, pelanggan dah 'togelkan' aku sampai tinggal insentif RM100 lebih je. Tak sampai sebulan, kereta dah macam-macam masalah. WhatsApp minta tolong, aku palau je," tulis beberapa jurujual.Pada masa sama, netizen turut mempersoalkan sikap segelintir pelanggan yang dianggap tidak munasabah sehingga menyusahkan golongan jurujual."Itulah kesan benda tak berkat. Nampak macam remeh, balasan pun dapat yang remeh je. Tapi orang tak faham."Kadang tak faham kenapa pelanggan minta macam-macam," tulis netizen lagi.