Ada segelintir warga asing didakwa menghabiskan juadah berbuka ketika jemaah sedang solat. -Gambar hiasan AI
KEBIASAANNYA para jemaah akan menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan solat Maghrib apabila berbuka puasa di masjid.Namun, berbeza situasi di sebuah masjid di Selangor apabila ada sekumpulan warga asing menghabiskan makanan tanpa mempedulikan jemaah lain. Perkara itu dikongsi seorang lelaki yang bengang dengan sikap tidak beradab kumpulan pelarian berkenaan.Ada sebahagian umat Islam selesa berbuka puasa di luar rumah. -Gambar hiasan"Rohingya patut diharamkan daripada jamuan berbuka puasa dan moreh di masjid."Dah la busuk, tak solat tarawih lepas tu habiskan semua makanan sampai licin tak tunggu jemaah masjid," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tiada peluang rasa kemanisan Ramadan, sibuk jadi bibik dalam rumah sendiri... Suami pula bebas pergi tarawih, lepak sambil morehARTIKEL BERKAITAN: [V] Puasa ganti Ramadan wajib disempurnakan, boleh jatuh haram jika dilakukan sambil lewaLebih mengecewakan, lelaki berkenaan turut mendakwa anak-anak pelarian pula berkelakuan tidak sopan ketika berada di masjid."Anak diorang memang kurang ajar," katanya yang memberi respon terhadap komen netizen yang berdepan situasi yang sama di kariah masing-masing.Lelaki kecewa juadah berbuka di masjid didakwa dihabiskan sekumpulan warga asing.Dakwanya, mereka tidak menunggu jemaah lain sebelum mengambil makanan.Turut timbul isu anak-anak yang dikatakan kurang sopan di masjid.Perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan netizen.Ramai menegaskan adab di rumah ibadah perlu dijaga semua pihak.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian lelaki itu disokong warga maya yang mendakwa sebahagian besar warga asing menghabiskan juadah berbuka dan moreh tanpa menunggu jemaah lain."Semalam waktu berbuka dekat masjid, imam angkat takbir sembahyang Maghrib, dia kalut bungkus makanan sampai habis dekat belakang."Kat tempat saya bukan Rohingya tapi belah Afrika yang dating ke sini. Ambil makanan memang tak ingat orang belakang dah," komen netizen.