suria

Ibu trauma anak 5 tahun beritahu diajak ‘main jilat’, rakan tengok aksi tu di telefon emaknya

Kanak-kanak bawah umur lima tahun juga terdedah dengan adegan pornografi.

BARU sahaja negara digemparkan dengan kisah budak darjah tiga dapat surat cinta lukisan adegan ranjang.

Kali ini, masyarakat dikejutkan pula dengan satu mesej tentang kanak-kanak berusia lima tahun diajak 'main jilat-jilat' di tadika.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu demam terkejut, bapa mengamuk anak darjah 3 dapat surat cinta lukisan adegan ranjang, diintai murid lelaki di tandas

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini tak tunduk pada sihir walau bisnes banyak kali hancur dan nyaris muflis! Dah lali ungkapan ‘kau bodoh tinggal kerja kerajaan’

Malah, mesej tersebut turut menyatakan murid berkenaan diajak dan diajar oleh rakan-rakannya yang berumur empat tahun.

Lebih mengejutkan lagi apabila kanak-kanak yang membuat ajakan itu memberitahu pernah melihat aksi tidak senonoh seperti itu di telefon milik ibunya sendiri.

Netizen terkejut dengan mesej yang diterima Adlil Rajiah.

Netizen terkejut dengan mesej yang diterima Adlil Rajiah.

Menerusi mesej yang didedahkan Adlil Rajiah, kanak-kanak pra sekolah itu menyatakan ibunya tidak menyebut tentang 'jilat' semasa diajar tentang bahagian-bahagian sensitif pada tubuh.

"Anak saya lima tahun. Baru-baru ini di sekolah diajak main jilat-jilat kemaluan depan dan belakang oleh kawannya umur empat tahun. Selepas disiasat, kawannya tengok aksi tersebut dalam telefon ibunya.

"Saya trauma mendengar cerita anak. Perkara telah terjadi dan saya nak check psikologi anak saya tanpa dia rasa orang tengah periksa.

"Sebab bila dia cerita dan saya dah terangkan (marah pukul denda sebab saya dah ajar bahagian sensititif tapi katanya saya tak sebut jilat) benda tu berdosa, kami sama-sama trauma.

"Dia menangis berdoa selepas solat 'Ya Allah maafkan aku main jilat-jilat. Aku tak nak buat lagi, aku janji. Masukkanlah aku ke syurga'. Doa dia berbisik tapi saya boleh dengar, luluh hati ini dan saya benci keluarga budak itu, tadika anak saya yang berlaku pengabaian serta kecuaian."

Rata-rata netizen meminta ibu bapa berhenti menonton video lucah.

Rata-rata netizen meminta ibu bapa berhenti menonton video lucah.

Menurut Adlil Rajiah yang juga pakar psikologi, mesej yang diterimanya berkenaan salah laku, perbuatan lucah dan pornografi sedemikian amat banyak.

Namun katanya, dia tidak sanggup mendedahkan kesemuanya yang disifatkan terlalu 'menakutkan'.

"Kita tidak akan mampu kawal sesiapa pun, termasuk diri sendiri. Kita tidak akan mampu kawal sekecil-kecil kerdipan mata, apatah lagi anggota-anggota lain yang lebih kompleks. Kita takkan mampu jaga diri, kalau Allah tak jaga kita.

"Semoga Allah jaga diri kita, pasangan kita, anak-anak kita, dan seluruh keluarga kita, sepertimana Dia menjaga orang-orang soleh. Amin," coretnya ringkas.

Sejak fokus menulis tentang pendidikan seksualiti, banyak juga mesej masuk bercerita kisah seakan begini... yang umur lima dan enam tahun sehinggalah sekolah menengah, macam-macam kisah ada.

WAN NUR SYAKIRA

Kenyataan yang dimuat naik itu mendapat pelbagai reaksi netizen sehingga ia dikongsikan lebih 2,400 pelayar Facebook selepas dikongsi pada 27 Februari lalu.

Ada antara netizen memaklumkan, mereka juga banyak menerima mesej dan aduan seumpama itu selepas menulis tentang topik berkaitan seksualiti serta pronografi kanak-kanak.

"Ya Puan. Bila menulis atau berkongsi isu ini, maka bersedialah menerima selonggok kisah yang menyedihkan serta menyayat hati yang tidak terjangkau dek akal fikiran," ujar Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Perkara itu turut diakui seorang lagi netizen yang menggunakan nama Wan Nur Syakira.

Katanya: 'Begitulah. Saya pun sejak fokus menulis tentang pendidikan seksualiti, banyak juga mesej masuk bercerita kisah seakan begini... yang umur lima dan enam tahun sehinggalah sekolah menengah, macam-macam kisah ada'.

Mesej yang diterima Adlil Rajiah.

Antara mesej yang diterima Adlil Rajiah.

Semestinya perkara seumpama itu mengejutkan ramai pihak dan ada yang menyatakan ia berlaku disebabkan ibu bapa jahil tentang ilmu.

"Kerosakan daripada ibu bapa yang jahil. Marilah ibu ayah belajar lepaskan ilmu fardu ain, kadang ramai ibu bapa ingat dalam rumah boleh pakai seksi-seksi padahal aurat sesama anak dan mak ayah ada batasnya," ujar Nina Mohdzam.

Bagi seorang lagi netizen, dia merasakan remaja dan kanak-kanak 'rosak' disebabkan pendedahan yang teramat sangat kepada gajet.

Nor Hayati Jamaludin pula meminta ibu dan ayah supaya tidak menyimpan video tidak senonoh di dalam telefon kerana anak-anak sudah bijak untuk 'menyelongkar'.

"Allahu... berderau jantung baca. Semoga anak-anak kita terlindung daripada perkara-perkara macam ni. Mak ayah jangan la simpan video yang bukan-bukan dalam telefon. Anak-anak ni memang pandai explore," tulisnya.

Sementara itu, Nurul Fare mencadangkan supaya, Adlil Rajiah mengadakan sesi ceramah bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat atau unit kanak-kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan peguam bagi membantu ibu bapa yang mempunyai anak yang menjadi mangsa kelalaian penjaga dan tadika.

"Apa yang berlaku kemudian juga penting untuk dibincangkan supaya ibu bapa tahu apa hak mereka bila jadi isu begini, tak kan nak berdiam. Tak kan tiada legal action," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain