suria

Majikan suruh staf positif Covid-19 cuti tanpa gaji jika gagal tunjuk MC, netizen beri idea ‘pengajaran’ – “Pergi ofis, sembang sembur air liur”

Seorang pesakit Covid-19 diminta untuk menunjukkan sijil cuti sakit kepada majikan. gambar hiasan / foto techarp

INDIVIDU yang disahkan positif Covid-19 diminta menjalani kuarantin di rumah, membuat notifikasi dan pemantauan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera.

Namun, kecoh di laman sosial apabila seorang pesakit Covid-19 dan bergejala diminta oleh majikannya untuk menunjukkan sijil cuti sakit (MC).

Lebih memburukkan keadaan, majikan berkenaan memaklumkan tanpa MC, pekerja tersebut dianggap mengambil cuti tanpa gaji.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak positif Covid-19 selamba dibawa keluar rumah 'ambil manfaat matahari', ibu mohon maaf selepas dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: Dekat tapi jauh... tempoh kuarantin Covid-19 belum tamat, wanita hanya mampu lepas rindu setahun tak jumpa adik beradik di sebalik tingkap bilik

"Nak tanya, kalau kita positif Covid-19 dan ada simptom semua tu, macam mana nak dapat MC? Kawan saya punya syarikat (tempat bekerja) bertegas minta MC, jika tidak dikira unpaid leave (cuti tanpa gaji). Klinik takkan keluarkan MC. Jadi bagaimana?" tulis seorang pengguna Twitter @maryamfatimah_ menerusi satu ciapan, pada Selasa.

covid majikan minta mc 10

Pertanyaan daripada seorang pengguna Twitter.

Menurutnya, rakannya bekerja dari rumah dan mengemaskini MySejahtera sebaik disahkan positif Covid-19 dengan gejala, sebelum menerima sijil digital Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) untuk menjalani kuarantin di rumah.

"Dah bagi screenshot (tangkap layar) HSO kat HR (sumber manusia), mereka tak terima sebagai MC tetapi bertegas untuk dia dapatkan MC dari klinik kalau nak rehat, jika tidak dikira unpaid leave.

"Kawan dah call klinik, memang no consultation sebab positif dan no MC. Dah tu memang terpaksa unpaid leave atau tidak, cari klinik yang boleh beri MC. Menyusahkan dan tak adil, kan? Semoga kita semua dijauhkan dari dapat majikan tak bertimbang rasa," tambahnya.

Perkongsian yang diulang kicau lebih 6,800 kali dan meraih 11,200 tanda likes ini mendapat pelbagai reaksi netizen.

Seorang pengguna Twitter turut berdepan isu sama apabila diberi cuti tanpa gaji selepas disahkan positif Covid-19.

"Benda ni baru je berlaku dekat saya sendiri. Saya kerja kilang, saya balik ke kampung halaman, saya positif. Kilang bagi cuti tanpa gaji sebab alasannya saya positif sebab balik kampung je. Kita pun reti rindu dekat mak ayah kat kampung, takkan nak kerja je," tulisnya.

covid majikan minta mc 13

Seorang pengguna Twitter turut meluahkan isu sama.

Malah, ada antara mereka memberi saranan dan nasihat berbaur sindiran.

"Tak apa. Suruh kawan you masuk ofis. Kerja macam biasa dan digalakkan tidak pakai face mask. Batuk di hadapan manager dan HR adalah disarankan menjadi amalan mulia.

"Suruh dia pergi ofis, batuk bersin kat HR, Admin, CEO dan semua yang berkaitan. Senang cerita biar satu company berjangkit. Nak tengok cuti mereka dibayar ke tak? Dah positif Covid-19 kot, ke dia nak kita kurier self test kit tu kat rumah dia? Baru percaya?

"Nasihat aku untuk yang positif tapi company suruh datang ofis juga; Kau punch in lepas tu terus pergi bilik bos. Duduk sebelah dia, gelak bertepuk tampar, sembang tersembur air liur, kongsi cawan minum sama-sama. Bos kau mesti okay punya lepak dengan staf positif Covid-19," demikian antara komen-komen sindiran dalam kalangan pengguna Twitter.

covid majikan minta mc 11

Saranan netizen berbaur sindir untuk majikan terbabit.

Sementara itu, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKS) menjawab pertanyaan tersebut dengan memaklumkan bahawa pemberitahuan kuarantin menerusi MySejahtera adalah sama seperti arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pemakluman kuarantin melalui MySejahtera adalah sama seperti arahan kuarantin bertulis daripada pihak KKM dan majikan perlu memberikan cuti Hospitalisasi/MC.

Saya ingin sampaikan pesanan kepada majikan supaya mereka menerima pakai salinan paparan skrin HSO bagi mengelakkan ke CAC.

KHAIRY JAMALUDDIN

"Hanya jika seorang pekerja tersebut telah habis cuti Hospitalisasi atau MC maka boleh guna UL (cuti tanpa gaji) tapi bukan AL (cuti tahunan)," tulis @JabatanKerja.

Sijil digital HSO dan RO adalah sah laku di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

covid majikan minta mc 12

Semua majikan diseru menerima pakai sijil digitak HSO dan RO. sumber KKM

Ahad lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa majikan untuk menerima salinan sijil digital HSO dan Perintah Pelepasan Kuarantin (RO) setelah tempoh isolasi pesakit berakhir.

Beliau berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), sambil menambah 90 peratus daripada 30 hingga 50 peratus individu yang hadir ke CAC untuk tujuan pelepasan kuarantin.

"Saya ingin sampaikan pesanan kepada majikan supaya mereka menerima pakai salinan paparan skrin HSO bagi mengelakkan ke CAC.

"Masih ramai yang datang ke CAC sebab dia nak dapatkan notis secara bertulis sebab majikan kata mereka tidak menerima tangkap layar tersebut," katanya pada sidang media selepas lawatan ke CAC di Klinik Kesihatan Simpang Renggam pada Ahad.

Tambah Khairy, pekerja boleh membuat aduan kepada KKM sekiranya majikan enggan menerima salinan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain