KEHILANGAN abang kandung yang meninggal dunia pada 25 Ramadan dua tahun lalu cukup memberi kesan buat pelakon Fauzi Nawawi. Terkejut mendengar perkhabaran duka ketika itu, Fauzi atau Muhammad Fauzi Mohd Nawawi, 53, berkata dia jatuh sakit sehingga terpaksa menyambut Aidilfitri di hospital. "Selepas kematian abang, ada sedikit kejadian yang buatkan saya jatuh sakit. Selama tiga hari saya berada di hospital," katanya kepada mStar. Ister memberi semangat buat Fauzi kembali pulih. Berkongsi kisah tersebut, menurut Fauzi abangnya meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke masjid. Pelakon itu turut meluahkan rasa terkilan kerana ada perkara yang belum ditunaikan buat Allahyarham. "Saya terkejut sebab pada pagi hari kejadian saya sempat bercakap dengannya. Kami berjanji tentang perancangan untuk menyambut Aidilftiri.ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun lawan rasa malas, Fauzi Nawawi berjaya tamat pengajian diploma... Mahu jadi contoh buat anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Sampai berbirat badan Fareez Fauzi kena pukul, Noorkhiriah minta maaf tak sangka getah paip ‘berbisa’"Ada benda yang saya nak beri pada arwah, tapi tidak sempat," ceritanya. Menurut Fauzi, kenangan itu disimpan rapi daripada ingatannya dan jarang diceritakan meskipun kisah tersebut pernah tular. Fauzi dalam masa sama mengakui isterinya yang juga aktres Lisdawati banyak membantu memberi sokongan untuk memulihkan semangat. Fauzi tampil sebagai tetamu dalam program Dapur Goodday. "Isteri saya bukan rusuk kiri, tetapi tulang belakang dan pembakar semangat. "Yang mengubah kehidupan saya hari ini pun salah satunya adalah sebab doa dan nasihat isteri," luahnya. Dalam perkembangan lain, Fauzi tampil sebagai tetamu dalam program masakan Dapur Goodday yang dikendalikan oleh pengacara Zizan Razak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube