HAMPIR setahun berada dalam industri seni, Hadie Elfardie yang juga anak kepada penyanyi Ina Naim dan Allahyarham Suhaimi Saad mengakui dia tidak terlepas daripada gangguan individu tidak dikenali di media sosial.Menurut Hadie, 18, mesej yang diterima bukan sahaja daripada golongan wanita, malah lelaki yang disifatkannya sebagai lebih membimbangkan. "Itu paling bahaya sekali. Tapi saya cubalah (untuk tidak layan). Sebelum ini saya rajin balas mesej dan komen masa awal-awal tengah naik dan dikenali. Hadie memaklumkan perkara itu ketika ditemui media. "Tapi bila makin melayan, makin melarat. Jadinya buang masa saya sebab sepatutnya boleh buat benda lain seperti belajar atau buat kerja rumah," katanya kepada mStar.Hadie memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Pelancaran lagu rayanya berjudul Dentam Dentum Raya! baru-baru ini. Berkongsi pengalaman paling pelik, Hadie mendedahkan dia pernah diajak berkahwin oleh individu tidak dikenali walaupun usianya masih muda.ARTIKEL BERKAITAN: Hadie Elfardie belajar hidup berdikari lepas tinggal berjauhan dengan keluargaARTIKEL BERKAITAN: [V] Hadie Elfardie pernah tersilap naik bas, belajar urus semua sendiri"Benda paling pelik dan kelakar adalah apabila ada individu ajak saya berkahwin. Mula-mula sembang biasa, tetapi hujung-hujung ajak saya berkahwin. "Itu yang paling pelik sebab saya masih muda lagi. Tapi tak apalah. Perkara itu pun saya beritahu mak. Apa-apa pun saya memang akan beritahu dia, tidak rahsiakan apa-apa," ujarnya. Dalam pada itu, Hadie turut mendedahkan ada pihak yang menggunakan alasan tawaran kerja atau kolaborasi produk sebagai taktik untuk berkenalan secara peribadi.Hadie kini lebih berhati-hati dalam membalas mesej orang lain. "Ada juga yang guna cara seperti ini. Mula-mula tanya berkaitan produk. Tapi selepas balas, tiba-tiba ajak berkenalan pula. Ingatkan dengan tawaran itu, bolehlah ‘masyuk', tapi rupanya lain pula. "Mula daripada itu, bila ada tawaran ke apa, saya bagi nombor emak saya sahaja," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube