MAYAT seorang gadis berusia 18 tahun ditemukan terapung di permukaan sungai, tiga hari selepas dia dilaporkan hilang.Sebelum ini keluarga mangsa membuat laporan mengenai kehilangan gadis itu di Balai Polis Mueang, Kanchanaburi, Thailand, pada 21 Februari. Susulan laporan tersebut, pihak polis memulakan pencarian dan menemui motosikal mangsa terbalik di atas jambatan berhampiran sungai.Pencarian diteruskan sehingga mayat remaja itu ditemukan pada pagi Isnin. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.ARTIKEL BERKAITAN: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui tepi sungai di Bandar SunwayMenurut laporan media tempatan, motosikal mangsa menunjukkan tanda-tanda kemalangan. Keluarga mangsa mengesyaki gadis itu mungkin terjatuh ke dalam sungai selepas menjadi mangsa langgar lari.Nenek mangsa berkata dia tidak percaya cucunya membunuh diri kerana gadis itu tidak menunjukkan sebarang tanda tekanan sebelum kejadian.Polis memaklumkan tiada kamera keselamatan (CCTV) dipasang di lokasi motosikal itu ditemui. Pegawai kini sedang berusaha mendapatkan rakaman CCTV dari kawasan berhampiran bagi membantu menyiasat punca sebenar kejadian. -Agensi