Kanak-kanak cenderung untuk menangis dan bertindak di luar kawalan apabila tidak selesa. -Gambar hiasan AI
MENIKMATI makan malam di restoran mewah sering dikaitkan dengan suasana tenang, eksklusif dan layanan berkualiti.Tambahan pula, pelanggan sanggup membayar harga tinggi demi pengalaman tersebut. Begitulah yang diimpikan seorang wanita ini apabila dia memilih untuk menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran berkonsepkan fine dining.Ibu bapa perlu mengawal tingkah laku anak di tempat awam. -Gambar hiasanNamun malangnya, suasana tenang dan eksklusif itu terganggu dengan tangisan dan kerenah kanak-kanak.Susulan itu, dia berpandangan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sepatutnya diharamkan daripada memasuki premis mewah sedemikian."Sepatutnya semua restoran yang fine dining atau harga kayangan kena haramkan terus budak umur bawah 12 tahun masuk.ARTIKEL BERKAITAN: Bayi merengek dalam ‘stroller’, mak ayah berselera isi perut... Pelanggan meja sebelah gelisah, rasa nak tolong dukungARTIKEL BERKAITAN: 'Berdengung' satu kedai wanita tempik budak kecil merengek, mak ayah malu tak tahu mana nak sorok muka"Aku bayar mahal bukan nak dengar anak korang melalak," luahnya di Thread.Bagi wanita ini, ibu bapa seharusnya bertanggungjawab memastikan anak-anak beradab ketika berada di tempat awam, khususnya di premis yang menitikberatkan suasana tenang dan privasi.Malah dia secara sinis menyatakan, mereka yang tidak mampu mengawal tingkah laku anak, disaran memilih kedai makan biasa atau membeli secara bungkus untuk dibawa pulang.Wanita kecewa suasana restoran mewah terganggu tangisan kanak-kanak.Dakwa pelanggan bayar mahal demi ketenangan dan privasi.Cadang kanak-kanak bawah 12 tahun diharamkan masuk fine dining.Sindir ibu bapa pilih kedai biasa jika tak mampu kawal anak.Netizen berbelah bahagi, ada sokong ada anggap keterlaluan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau rasa tak mampu nak jaga adab anak dekat tempat awam, sila makan dekat kedai mamak atau bungkus bawa balik rumah. "Jangan selfish paksa orang lain telan noise pollution," tegasnya.Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan sebahagian bersetuju bahawa restoran mewah perlu mengekalkan suasana eksklusif.Warga maya menyatakan perbezaan restoran fine dining.Tidak kurang juga yang berpendapat pandangan tersebut keterlaluan dan bersifat diskriminasi terhadap keluarga yang mempunyai anak kecil."Kebanyakan fine dining ada bilik privasi, ambillah bilik tu... biasanya kena bayar ekstra beberapa ratus je."Kau makan kat situ tiap-tiap hari ke? Kalau kau bukan penyumbang utama keuntungan mereka, diam sudah."Kebanyakan restoran fine dining memang ada had umur, tapi kalau kanak-kanak masih dibenarkan masuk, besar kemungkinan ia cuma restoran keluarga yang nampak mewah dan ‘kayangan’ pada kau, tapi sebenarnya biasa saja," demikian reaksi netizen.