suria

Ibu buat ‘dek’ anak lelaki 11 tahun intai orang solat dalam surau... Wanita OKU luah rasa kesal, dakwa privasi terganggu!

Tindakan segelintir jemaah wanita yang membawa anak kecil ke dalam surau menimbulkan rasa kurang senang sesetengah individu. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN kanak-kanak di ruang awam seperti surau mahupun tandas sering dianggap perkara biasa, namun ia boleh menjadi isu apabila melibatkan batas aurat dan privasi khususnya di kawasan yang dikhaskan untuk wanita. 

Situasi ini menuntut kepekaan ibu bapa agar tidak menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pengguna lain.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh seorang wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas melihat seorang ibu membawa anak lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 10 hingga 11 tahun masuk ke surau wanita.   

Pendedahan terhadap gajet tanpa kawalan ibu bapa memudahkan anak kecil mengakses laman yang tidak sepatutnya. -Gambar hiasan

"Bawak anak lelaki umur 10, 11 tahun masuk tandas dan surau perempuan, normal ke? Common sense la mak mak oiii. Bukan kau je ada anak. Fikirlah aurat orang," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Menurut wanita berkenaan, keadaan menjadi lebih tidak menyenangkan apabila kanak-kanak tersebut bukan sekadar berada di situ, sebaliknya dilihat memerhati dirinya ketika sedang menunaikan solat.

"Diorang bukan solat pun sebelah mak dia tu, tapi tinjau saya. Sakit hati," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu lari ke tandas, terkejut tengok anak lelaki umur 13 tahun tersipu-sipu depan pelayan kacak! - “Makin jelas sejak akil baligh”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak selesa golongan ibu bawa anak lelaki masuk tandas perempuan... Bukan budak kecil, dah umur akil baligh!

Tambahnya lagi, situasi itu lebih mencabar buat dirinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), kerana memerlukan lebih masa untuk bersiap sebelum solat.

"Kita OKU, banyak nak selak-selak untuk solat dan lambat sikit bergerak. Anak dia boleh pula tinjau-tinjau masa saya dah solat. Mak dia buat bodoh je," kongsinya lagi.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menegaskan bahawa isu tersebut tidak seharusnya dipandang ringan dengan alasan kanak-kanak belum baligh.

  • Seorang wanita tidak puas hati apabila melihat seorang ibu membawa anak lelaki berusia sekitar 10 hingga 11 tahun masuk ke surau wanita.

  • Dia berpendapat tindakan itu tidak sensitif terhadap aurat dan privasi wanita lain di ruang tersebut.

  • Keadaan bertambah tidak selesa apabila kanak-kanak itu dilihat memerhati dirinya ketika sedang solat.

  • Dia berharap ibu bapa lebih peka serta mendidik anak tentang batas sejak kecil.

  • Ada netizen yang menyokong pandangannya namun ada yang berpandangan sebaliknya.

"Budak sekarang tadika pun dah tahu meraba. Tak ada maknanya baligh ke belum. Dari awal kena diajar," tegasnya.

Perkongsian itu sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

Ada menyokong pandangan wanita berkenaan dengan menyifatkan ibu bapa perlu lebih peka terhadap situasi sekeliling dan mendidik anak-anak terutama yang semakin membesar mengenai adab serta aurat.

Namun ada pula berpandangan sebaliknya dengan menyifatkan situasi tersebut masih boleh dipertimbangkan bergantung kepada keadaan, terutama jika melibatkan ada ibu yang tidak mempunyai pilihan lain untuk meninggalkan anaknya di luar.

Sebahagian daripada komen netizen.

Hukum membuka aurat di hadapan kanak-kanak bukan mahram

Memetik perkongsian pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar, terdapat tiga peringkat mengenai hukum membuka aurat kepada kanak-kanak bukan mahram.

Umumnya, kanak-kanak mumayyiz yang berusia sekitar tujuh tahun ke atas namun belum baligh, hukumnya dikategorikan pada peringkat ketiga, iaitu sudah mampu menceritakan apa yang dilihat dan mempunyai rangsangan syahwat.

Oleh itu, hukum membuka aurat di hadapan mereka adalah seperti lelaki baligh, justeru haram bagi wanita menampakkan auratnya di hadapan kanak-kanak tersebut seperti di hadapan lelaki ajnabi.

Artikel Lain