Pasangan sedang bercinta lazimnya tidak kisah hidup susah asalkan bersama insan disayangi. -Gambar hiasan AI
PERBEZAAN latar belakang pendidikan sering menjadi faktor dipertimbangkan dalam sesebuah hubungan sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.Bagi wanita ini, dia mula berasa ragu untuk meneruskan hubungan cinta selepas mengetahui teman lelakinya tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurutnya, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas lima bulan menjalinkan hubungan kerana lelaki tersebut sering mengelak setiap kali topik pendidikan dibangkitkan."Masalah kami, tidak sekufu dari segi tahap pendidikan. Saya ada ijazah, dia pula tidak ada SPM. Dia bekerja sebagai p-hailing sepenuh masa, saya pula dalam bidang korporat.Ramai yang memilih untuk hidup dengan pasangan sekufu sebagai teman hidup. -Gambar hiasan"Sebelum ini dia cakap tak lulus masuk TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) sebab masalah kesihatan. Saya pun okey je anggap tiada rezeki tapi bila borak fasal pelajaran dia banyak diam."Selepas lima bulan baru tahu dia tak ada SPM pun sebab tak layak dapat sijil. Saya sangat terkejut," cerita wanita itu dalam perkongsian di Threads.Pada awalnya dia tidak menganggap isu pendidikan sebagai masalah besar malah memilih untuk terus mempertahankan hubungan kerana tertarik dengan penampilan kekasih.Bagaimanapun, pandangan keluarga mula mengubah cara dia melihat hubungan tersebut apabila menyentuh latar belakang pendidikan.ARTIKEL BERKAITAN: “Dah faham kenapa kena cari sekufu” - Graduan sarjana sedih cinta kecundang, ikhlas terima lelaki tiada ‘sijil’ tapi akhirnya ditinggalkanARTIKEL BERKAITAN: Baru naik gaji RM5,000 terus rasa tak sekufu... Lelaki terfikir nak cerai sebab isteri cuma raih RM1,800 sebulan"Dia handsome sebab tu saya stay. Saya fikir nanti anak akan jadi cantik dan comel, jadi senang nak hidup. Pretty privilege itu benar kan."Setiap kali balik rumah, mak asyik ingatkan dia tak nak menantu yang bodoh. Mesti sama tahap pelajaran jadi tak ada masalah bodoh. Tapi lama-lama rasa macam kena brainwashed. "Saya fikir kalau dia kerja p-hailing macam mana nak sara saya nanti. Takkan nak hidup kais pagi makan pagi setiap masa," luah wanita yang dalam kebuntuan itu.Selain tahap pendidikan, dia turut mempersoalkan kemampuan kewangan teman lelakinya yang kini berusia 26 tahun dan didakwa masih belum mempunyai simpanan.Wanita dilema kekasih tiada SPM, impi suami sekufu dari segi pendidikan.Hasrat bina masa depan bersama tergugat selepas tahu teman lelaki tak memiliki SPM.Rasa bersalah mahu berpisah, tetapi bimbang masa depan dengan kekasih kerja p-hailing.Terpengaruh nasihat ibu, wanita mula persoal hubungan dengan kekasih tiada SPM.Sering bantu kewangan teman lelaki, namun wanita tetap buntu pilih cinta atau masa depan.Ringkasan ini dijana oleh AITambah wanita itu, dia juga sering berasa kasihan kerana teman lelakinya kerap jatuh sakit sehingga tidak dapat bekerja, sekali gus menjejaskan pendapatannya."Saya stres kenapa Allah kena temukan dengan orang macam ni. Saya bagi hadiah macam-macam termasuk jam, minyak wangi malah belikan dia tayar motor tapi saya tak pernah dapat apa pun."Cuma dia belanja tengok wayang kalau keluar bersama sebab saya bukan jenis meminta. Taknak dia rasa terbeban. Saya nak tinggal dia pun rasa serba salah."Saya ni memang people pleaser. Kenapa saya dipertemukan dengan lelaki yang hidupkan penuh dengan rasa simpati. Balik kerja tak ada makanan, famili pun tak pedulikan dia. Aduh, stres aku," katanya.