Pengembara perlu peka dengan peraturan sesebuah syarikat penerbangan atau negara terutamanya mengenai larangan membawa barang tertentu. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali pulang ke tanah air, peluang menikmati makanan kegemaran pastinya tidak akan dilepaskan, lebih-lebih lagi buah bermusim seperti durian yang sukar diperoleh di luar negara.Namun, hasrat seorang wanita untuk membawa pulang isi durian ke Arab Saudi bagi mengubat kerinduannya terhadap 'raja buah' itu tidak kesampaian apabila tiga bekas Musang King dibawanya tidak dibenarkan menaiki pesawat. Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita berkenaan mengakui tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan isi durian yang disimpan di dalam bagasi daftar masuk (kargo) tidak melepasi pemeriksaan sebelum penerbangan."Menangis dekat airport, bila tiga bekas Musang King yang dibawa nak makan di Arab Saudi tak lepas masuk flight. Dah la masa cuti dekat Malaysia langsung tak ada masa nak makan durian.ARTIKEL BERKAITAN: Dugaan honeymoon! Di Malaysia disabotaj ‘makcik puaka’, tiba di London suami isteri berdepan penyeluk saku... Menggigil tengok begARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia rugi RM7,000 ketika melancong ke Batam... Disamun tiga individu ketika jalan waktu malam"Itu yang fikir, tak apa lah bawa makan dekat Saudi la. End up tak lepas masuk flight. Tak dapat nak tahan air mata, laju ke keluar... sebak," luahnya.Menurut wanita itu, isi durian yang dibawa bukanlah dalam kuantiti yang banyak, sebaliknya sekadar untuk melepaskan rindu menikmati buah tersebut selepas kembali ke Arab Saudi."Tak sampai 20 ulas pun. Nak buat rasa-rasa je. Dah Allah cakap tak ada rezeki kan," katanya lagi.Peraturan yang ditetapkan terhadap sesuatu barangan yang dibawa pengembara bertujuan untuk mengelakkan masalah selain memastikan keselesaan penumpan lain. -Gambar hiasanLebih mengecewakan, wanita itu mendakwa dia tidak pernah berdepan masalah membawa isi durian ke Arab Saudi sebelum ini kerana ia sentiasa dibawa di dalam bagasi daftar masuk dan bukannya di dalam kabin pesawat.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya termasuk ada membangkitkan tentang peraturan syarikat penerbangan berhubung durian berbeza mengikut polisi dan destinasi penerbangan."Macam mana pun, durian memang tak boleh bawa naik flight. Kalau sebelum-sebelum ni terlepas, awak bertuah.Seorang wanita sedih kerana isi Musang King yang dibungkus untuk dibawa pulang ke Arab Saudi tidak dibenarkan dibawa masuk pesawat.Menurutnya, dia sekadar membawa sekitar 20 ulas.Dia juga mendakwa pernah melakukan perkara sama sebelum ini dan tiada masalah kerana ia disimpan dalam bagasi daftar masuk.Netizen berpendapat peraturan syarikat penerbangan berhubung durian boleh berbeza mengikut polisi dan destinasi penerbangan.Untuk maklumat, polisi ini bergantung kepada syarikat penerbangan dan peraturan negara tertentu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Buah durian memang antara yang dilarang bawa masuk sebab bukan semua orang suka."Jangan kata bawa masuk dalam flight. Masuk hotel pun tak boleh tau," demikian antara komen netizen. Sebagai maklumat tambahan, sesetengah syarikat penerbangan membenarkan durian sebagai bagasi daftar masuk jika dibungkus dengan baik, manakala ada melarang sepenuhnya kerana bau yang kuat. Selain itu, setiap negara mempunyai peraturan tersendiri tentang membawa buah-buahan segar merentasi sempadan.