Pasangan suami isteri wajar menyelesaikan masalah dengan matang untuk mengelakkan konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
SETIAP pasangan suami isteri mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan kewangan rumah tangga. Namun, apabila melibatkan pemberian wang kepada ahli keluarga, ada berpendapat ia wajar dibincangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan timbulnya salah faham. Di Threads, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa baru mengetahui isterinya memberi wang kepada keluarga sendiri setiap bulan tanpa pengetahuannya.ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah 1k sebulan tak pernah ‘miss’, tapi suruh isteri bayar macam-macam - “Dia punya feeling macam bagi RM10,000”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji minimum penanggung tunggal keluarga, balik kerja kena urus rumah pula... Bengang suami ‘house husband’ berat tulangMenurut lelaki itu, dia bukan mempersoalkan hasrat isteri membantu keluarga, sebaliknya kecewa kerana perkara tersebut tidak pernah dibincangkan terlebih dahulu."Aku baru tahu wife aku ada bagi duit dekat family dia setiap bulan tanpa bagitahu aku."Bila aku tegur, dia cakap itu duit dia. Salah ke kalau aku terasa? Sebab sepatutnya dia tolong aku dulu kan?" luahnya.Salah satu cara untuk membalas jasa orang tua adalah dengan menghulurkan wang belanja. -Gambar hiasanDia turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp antara dia dan isterinya berhubung isu tersebut, bagi mendapatkan pandangan warga maya.Kelihatan isterinya membalas, itu duit sayang (isteri). Tak ada guna duit B (suami) satu sen pun. My money is my money. Kenapa kena minta kebenaran?Bagaimanapun, lelaki tersebut tidak mendedahkan jumlah wang diberikan isterinya kepada ahli keluarga setiap bulan.Perkongsian itu sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai hak dan tanggungjawab pasangan terhadap pendapatan masing-masing.Seorang suami luah kecewa selepas dapat tahu isteri beri wang bulanan kepada keluarga.isteri tak maklumkan atau berbincang dengannya mengenai perkara tersebut.Dia menegur isteri namun wanita tersebut pertahankan tindakannya kerana ia adalah wang hasil titik peluh sendiri.Lelaki tersebut tidak mendedahkan jumlah wang yang didakwa diberikan isterinya.Netizen tampil dengan reaksi berbeza, ada yang bersetuju dan ada yang menyifatkan wang isteri adalah hak sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIAda berpendapat isteri berhak menggunakan wang hasil titik peluh sendiri tanpa perlu mendapatkan kebenaran suami.Namun, tidak kurang juga berpandangan sebarang bentuk perbelanjaan tetap, termasuk bantuan kewangan kepada ahli keluarga, seharusnya dimaklumkan kepada pasangan sebagai tanda hormat."Isteri tak wajib tolong suami walau satu sen, kalau nak tolong atas sebab ihsan dan ikhlas, isteri dapat pahala."Ustaz cakap duit isteri tu duit isteri. Delete lah bang. Jangan nampak sangat tak belajar agama," demikian antara komen netizen.