SEBUAH keluarga terpaksa akur apabila diminta mengosongkan kediaman disewa sejak 21 tahun lalu dalam tempoh tiga bulan.Menerusi luahan dibuat, individu berkenaan mendakwa pemilik rumah juga tidak memberikan sebarang alasan munasabah. Menurutnya, perbualan yang pada awalnya berlangsung dengan baik bertukar tegang apabila pemilik rumah didakwa meninggikan suara ketika 'mengusir' mereka keluar."Tuan rumah nak halau kami lagi tiga bulan. Kami dah menyewa 21 tahun, bukan satu atau dua tahun. Pagi tu dia call cakap suruh keluar dari rumah ini. Dia bagi masa tiga bukan.Penyewa dan tuan rumah perlu ada persetujuan bersama melalui agreement. -Gambar hiasan"Mula-mula cakap elok, lepas itu dia memekik siap cakap bukan saya halau macam anjing pun. Anda semua tolong doakan saya dimurahkan rezeki nak buat rumah untuk keluarga," dakwanya.Menjelaskan situasi sebenar, individu itu berkata dia bukan berniat mempertikaikan hak pemilik, sebaliknya terkilan dengan cara perkara itu disampaikan."Ya betul, terpulang kepada pemilik. Cuma cara dia sangat kasar dan tanpa sebab. Kalau ada rezeki menyewa dengan tuan rumah, kami teruskan sampai ada rumah sendiri," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Culas bayar sewa hingga terpaksa halau keluar... ‘Owner’ terkejut penyewa tinggalkan longgokan al-Quran wakaf - “Siap ada senarai nama”ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi apabila ramai netizen berpandangan pemilik rumah berhak meminta penyewa mengosongkan kediaman selagi notis munasabah telah diberikan.Mengulas dakwaan bahawa tempoh 21 tahun dianggap terlalu lama untuk terus menyewa, dia menjelaskan keluarganya sudah memiliki tanah dan merancang membina rumah sendiri.Katanya, tanah berkenaan sudah dibersihkan serta ditambak, namun proses pembinaan masih belum dimulakan kerana sedang mencari kontraktor bersesuaian.Penyewa 21 tahun terkilan didakwa diarah kosongkan rumah dalam tempoh tiga bulan.Wanita dakwa terkilan dengan cara tuan rumah menyampaikan arahan berpindah.Perkongsian itu mengundang perdebatan, ramai netizen pertahankan hak pemilik rumah.Keluarga berkenaan sudah memiliki tanah, namun pembinaan rumah sendiri belum bermula.Wanita berharap dipermudahkan rezeki untuk membina rumah buat keluarganya secepat mungkin.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tanah dah ada, dah dibersihkan dan ditambak, tinggal nak buat rumah saja. Bukan saya rasa terpaling berhak atau apa, tapi saya rasa tak adil untuk keluar dalam masa tiga bulan. "Nak buat rumah pun tak sempat dalam tempoh itu. Saya memang dah lama menyewa tapi saya ada buat agreement dengan tuan rumah. Tetapi tanpa sebab suruh saya sekeluarga keluar."Insya-Allah masa terdekat memang nak buat rumah sendiri. Saya memang mencari kontraktor untuk buat rumah. Doakan saya ya," cerita wanita itu membalas komen netizen.