SEORANG wanita yang baharu melahirkan anak meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa menjalani tempoh berpantang seorang diri, kerana suaminya menemani ibu mentuanya menunaikan umrah di Tanah Suci.
Jelasnya, walaupun di hujung waktu berpantang, dia masih berada dalam keadaan tidak sihat dan memerlukan sokongan fizikal serta emosi.
Wanita memerlukan masa untuk pulih selepas bersalin. -Gambar hiasan AI
"Anak baru 30 hari mak mentua angkut suami aku pergi mekah dua minggu, luka pembedahan aku ni sakit lagi ni.
"Badan aku masih sakit dan berdenyut. Dia ingat cucu dia ni jenis senang nak jaga ke? Aku burn out tau," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi meninggal masa bersalin, ibu masih berduka disuruh segera masuk kerja - "Bukan kena berjaga malam pun, tak perlu menyusu"
ARTIKEL BERKAITAN: “Terasa ngilu sampai sini” - Wanita menangis tahan sakit, suami ajak berjimak malam terakhir lepas 44 hari pantang bersalin
Kata wanita itu, walaupun dia berpantang di rumah ibunya, keadaan itu tidak bermakna segalanya menjadi mudah kerana ibunya juga tidak mampu menjaga dirinya dan bayi sepanjang masa.
"Malam anak aku suka berjaga, lepas tu pagi ni meragam lagi. Aku pantang dengan mak aku, bukan dia boleh jaga aku dan anak aku 24 jam tau... sumpah penat. Aku penat!" katanya.
Dia juga memohon orang ramai mendoakan agar dirinya diberi kekuatan untuk terus menjaga anak yang masih kecil serta melalui tempoh berpantang dengan tabah.
- Wanita berpantang luah keletihan jaga bayi 30 hari seorang diri.
- Suami dibawa ibu mentua tunaikan umrah selama dua minggu.
- Luka bersalin masih sakit, bayi pula kerap berjaga malam.
- Bantuan terhad walaupun berpantang di rumah ibu.
- Netizen kritik suami dan ibu mentua tidak peka.
Sementara itu, segelintir netizen beranggapan tindakan ibu mentua dan suami wanita tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.
"Ibu mentua dan suami tak tiada common sense. Geram betul dengan suami yang penting diri ni.
"Kalau nak pergi umrah mesti dah lama rancang, patut ada la tarikh yang sesuai. Kesian pergi umrah nak buat pahala tapi kat rumah tak reda," komen netizen.


