suria

Depan rumah jadi ‘port’ parkir kereta, wanita hilang sabar jiran pentingkan diri - “Kenapa ada manusia bodoh?”

Sikap segelintir jiran yang meletakkan kenderaan dihadapan rumah orang lain menyusahkan penghuni. -Gambar hiasan AI

SEBAHAGIAN individu memilih membeli rumah landed (bertanah) kerana mahu mengelakkan masalah parkir dan memudahkan urusan harian.

Namun tidak semua orang memiliki common sense, sebagaimana luahan seorang wanita ini yang kecewa terhadap sikap jirannya yang gemar meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya.

Katanya, tindakan jirannya itu menyukarkan urusan dia dan suami untuk keluar masuk kediaman.

Mereka yang memilih kediaman bertanah berbanding pangsapuri atau kondominium adalah demi keselesaan. -Gambar hiasan AIMereka yang memilih kediaman bertanah berbanding pangsapuri atau kondominium adalah demi keselesaan. -Gambar hiasan AI

"Rumah saya non facing unit. Tapi ada jiran yang suka parkir kereta depan rumah. Saya dan suami parkir dalam porch walaupun sempit sebab senang nak keluar masuk rumah.

"Tapi bila jiran parkir kereta depan rumah, kami nak keluar masuk jadi sempit dan susah. Kenapa la tak nak parkir dalam porch sendiri atau pagar rumah sendiri?" luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Parkir awam, tapi 'bertuan'! Wanita terkedu 4 tayar kereta dipancitkan, pasangan Cina ada sebab terus bantu tanpa soal

ARTIKEL BERKAITAN: “Hidup jangan susahkan orang” - Lelaki ditegur pakcik jiran sebelah rumah, marah parkir kereta depan pagar sendiri

Katanya, dia cuba bersabar dengan menganggap jalan awam bukan milik peribadi dan mungkin ada hikmah di sebalik ujian tersebut. 

Namun, kesabarannya semakin teruji apabila terpaksa bersusah-payah ketika ingin masuk ke dalam garaj gara-gara kereta jirannya diparkir di hadapan kediamannya, dalam keadaan anak kecil menangis.

"Saya terus menyumpah dalam hati kenapa ada manusia bodoh dan tak peka macam ni. Kita ni ajar anak adab bukan main. Kita sendiri tiada adab.

"Dalam porch dia hanya satu kereta, tetapi dua lagi diletakkan di luar. Kami pula yang terpaksa bersusah payah," luahnya.

  • Wanita kecewa jiran suka parkir depan rumah.
  • Parkir porch sempit menyukarkan keluar masuk.
  • Anak kecil menangis tambah tekanan semasa mengundur.
  • Kesabaran wanita teruji akibat jiran kurang peka.
  • Netizen cadang parkir depan rumah jiran sebagai pengajaran.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen, dengan ramai turut berkongsi pengalaman serupa berdepan dengan jiran tidak bertimbang rasa.

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan wanita berkenaan membalas dendam dengan melakukan perkara sama, sebagai pengajaran terhadap jirannya itu.

"Depan rumah tu kan, cuba buat pembahagi ke, tanam pokok ke letak pasu ke kat sempadan kawasan rumah. Biar mereka faham.

"Cuba parkir depan rumah dia pula. Biar dia rasa," komen netizen.

Artikel Lain