HAMPIR setiap bulan, pasti ada sahaja festival-festival makanan yang dianjurkan di seluruh negara.
Namun di sebalik kerancakan penganjurannya, seorang pemuda mendakwa trend festival tersebut semakin 'mati' dan jumlah pengunjung juga mula berkurang.
"Korang perasan tak, food festival sekarang dah tak ramai orang pergi. Sepatutnya food festival buat sekali sekala sahaja. Barulah eksklusif.
ARTIKEL BERKAITAN: Baik punya meleleh! Wanita hilang selera di festival makanan, nampak peluh Pak Arab shawarma menitik dalam tempat masak
ARTIKEL BERKAITAN: Mentang-mentang ramai suka, penganjur pesta makanan Thai dilihat ambil kesempatan! Harga mengarut, menu tangkap muat
"Ni kalau setiap minggu buat, vibes food festival pun dah hilang. Ia jadi vibes pasar malam je. Tapi harga bukan pasar malam la," tulisnya.
Rata-rata netizen di ruangan komen turut bersetuju dengan hantaran itu.
"Betul, memang ketara crowd sekarang. Tak sama macam dulu. Influencer, nama besar pun sama kena tempias.
- Pemuda dakwa penganjuran festival makanan semakin kurang dapat sambutan.
- Dia berkata trend itu berlaku disebabkan terlalu banyak acara sama dianjurkan secara kerap.
- Ramai netizen setuju dengan pandangan pemuda itu.
- Netizen berkata harga makanan yang mahal juga membuatkan mereka serik.
"Saya pun perasan. Orang cepat bosan. Kena ubah cara baharu, barulah orang tak cepat bosan.
"Dulu tak kerap sangat, maka orang datang. Ni kerap, lepas tu tengah bulan, memang orang tak datang," tulis beberapa pelayar Threads.
Antara makanan yang dijual di festival makanan. -Gambar hiasan
Kata netizen lagi, harga makanan yang terlalu mahal juga menyebabkan mereka serik untuk berkunjung ke acara tersebut.
"Jual mahal bagi alasan tapak mahal. Dah tahu tapak mahal, tak payahlah sewa. Peniaga support penganjur.
"Orang menyampah nak repeat sebab harga mengada-ngada. Rasa pula tak ke mana. Elok pergi pasar malam biasa je.
"Mahal nak mampos, makanan tak sedap. Bila kena kecam, mula keluarkan ayat yang kita bukan target market dia," tulis netizen lagi.


