suria

Dr Afifah tak tahu punca Nubhan fail komital, harap diberi keadilan

Dr Fie (kanan) hanya minta doa yang terbaik.

BEKAS isteri kepada penyanyi dan usahawan Nubhan Ahmad iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berharap agar urusan prosiding komital yang sedang berlangsung dapat diselesaikan dengan adil.

Menurut Afifah atau mesra disapa Dr Fie, 36, dia mengakui tidak mengetahui punca tindakan yang diambil oleh bekas suaminya itu terhadapnya.

“Doa yang baik-baik buat saya, saya pun tak tahu kenapa Nubhan buat macam ini.

Dr Fie ketika hadir di mahkamah. 

“Tapi insya-Allah saya akan ikut sahaja proses mahkamah menggunakan saluran yang betul. Semoga ada keadilan buat saya,” katanya kepada mStar.

Afifah ditemui ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa bagi mengikuti prosiding berkenaan.

Dia dilihat tiba sekitar pukul 9.35 pagi dengan mengenakan abaya berwarna merah jambu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan mohon doa, hadir prosiding komital terhadap bekas isteri 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya serahkan kepada peguam” – Nubhan sedia beri kerjasama tuntutan harta sepencarian

Sebelum ini, Nubhan selaku plaintif memfailkan komital terhadap Afifah atas dakwaan pelanggaran perintah mahkamah.

Penyanyi itu bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai butiran kes dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah.

Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada 29 Ogos 2015, namun mereka disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain