SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa dan tertekan apabila suaminya masih menerima gaji RM2,000 sebulan walaupun sudah hampir 12 tahun berkhidmat dengan sebuah syarikat dan memegang jawatan Ketua Jabatan (HOD) Teknologi Maklumat (IT).
Dia yang kini berusia 27 tahun itu turut mendedahkan situasi yang berlaku membuatkan pendapatan bulanannya terpaksa digunakan untuk menanggung sebahagian besar perbelanjaan keluarga, termasuk bil utiliti dan keperluan harian.
"Suami aku 35 tahun dengan gaji RM2,000 manakala aku RM3,500.

Isteri pasti tertekan apabila suami tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. -Gambar hiasan AI
"Dia bekerja di syarikat sama selama hampir 12 tahun walaupun gaji tetap RM2,000 dan berpangkat HOD IT.
"Tak ada caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial)," luahnya di Thread.
Lebih merunsingkan apabila gaji suaminya sering dibayar lambat sehingga dia terpaksa menyediakan duit kecemasan bagi menampung perbelanjaan bulanan dan bayaran utiliti.
ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun kerja gaji tak naik-naik, tiada OT! Kerani baru nampak redflag syarikat, tapi masih teragak-agak nak ‘cabut’
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja setia tak puas hati majikan pilih kasih, staf baharu dapat gaji tinggi! - “Masalahnya saya kena ajar dia kerja”
Situasi yang dialami itu membuatkan dia beranggapan bahawa jawatan HOD suaminya hanya sekadar 'sandiwara' syarikat.
"Pangkat tu atas kertas je, hakikatnya suami aku boleh pergi jauh dengan ilmu yang dia ada.
"Dia boleh baiki komputer atau laptop dan bagus dalam IT, syarikat aku pun minta bantuan dia untuk jadi IT luar," tambahnya yang cuba memujuk suaminya untuk mencari syarikat lain.
- Isteri kecewa suami HOD IT gaji RM2,000 selepas 12 tahun kerja.
- Tiada caruman KWSP dan Perkeso, gaji pula kerap lambat.
- Isteri terpaksa tanggung sebahagian besar belanja keluarga.
- Suami enggan tukar kerja kerana terlalu setia pada syarikat.
- Netizen gesa isteri bertegas demi masa depan rumah tangga.
Namun malangnya, lelaki tersebut seolah-olah enggan 'berpisah' disebabkan rasa kasihan pada pekerja bawahan dan syarikat.
"Dia kata kesian dengan staf bawah dan syarikat kalau dia pergi. Tapi anak nak membesar, nak bayar yuran daftar pun kena fikir banyak kali," luahnya lagi.
Dalam pada itu, dia menyatakan bahawa suaminya bukanlah seorang austistik sebaliknya mempunyai sikap setia pada syarikat yang bertapak di Klang, Selangor.

Warga maya turut meluahkan rasa terkejut.
Pada masa sama dia turut menzahirkan rasa kesal kerana tindakannya yang membantu membayar separuh perberlanjaan bulanan rumah tangga.
Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meminta dia bertegas dengan suami demi kemaslahatan rumah tangga.
"Jangan bayar dan topup apa-apa yang dia suruh bayar sebab itu tanggungjawab dia.
"Awak kena cakap yang awak tak ada duit dan tanya dia sampai bila awak perlu tanggung semua.
"Kenapa kesian orang yang tak kesiankan kita? Jawatan HOD mesti kemahiran pun bagus," demikian reaksi netizen.


