suria

Pekerja setia tak puas hati majikan pilih kasih, staf baharu dapat gaji tinggi! - “Masalahnya saya kena ajar dia kerja”

Sudah menjadi kewajipan staf lama perlu membimbing pekerja baharu. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa terhadap pihak pengurusan syarikat tempat dia berkerja apabila mengambil kakitangan baharu ketika dia sedang bercuti bersalin.

Lebih menyakitkan hati, wanita itu mendakwa staf baharu berkenaan diberikan gaji yang lebih tinggi daripadanya.

"Saya baru sahaja naik kerja setelah cuti bersalin selama 98 hari. Saya dapati ada staf baharu yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja saya.

Pekerja mudah bosan apabila terlalu lama membuat tugasan yang sama. -Gambar hiasanPekerja mudah bosan apabila terlalu lama membuat tugasan yang sama. -Gambar hiasan

"Saya juga dapat tahu yang gajinya lebih tinggi daripada saya. Selain itu syarikat ini juga membayar ganti rugi notis dua bulan kepada tempat kerja lama staf berkenaan," katanya.

Tambahnya, pengurus syarikat juga memaklumkan pembahagian tugas antara dia dengan staf baharu akan dibuat selepas pekerja terbabit selesai menjalani latihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja lain tak sembahyang, staf baru masuk dakwa dipecat tanpa amaran sebab solat lama sangat

ARTIKEL BERKAITAN: Dendam bos lewat bayar gaji, bekas pekerja buat grup WhatsApp hasut staf baharu ‘resign’ - “Memang nak bagi saya lingkup”

"Masalah di sini adalah saya amat tidak berpuas hati kerana masih perlu beri tunjuk ajar kepada staf tersebut sedangkan dia mendapat gaji lebih tinggi.

"Staf tersebut tidak berpengalaman dalam jawatan berkenaan berbanding saya yang lebih senior.

"Saya tahu ini adalah ujian yang Tuhan tentukan dan saya sedang mengawal emosi supaya terus bersikap professional dan bekerja mencari rezeki," katanya.

Gaji dia banyak, tu rezeki dia... jangan dengki dengan rezeki orang lain.

NETIZEN

Perkongsian itu mendapat reaksi negatif dalam kalangan warga maya yang berpandangan isu gaji staf baru lebih tinggi adalah hak syarikat.

"Kenapa suka bincang gaji? Kan sulit. Mesti ada sebab kenapa dia dapat tinggi. Awak bincang la dengan bos.

"Perkara ni bukan satu kesalahan. Kalau dah tak suka, boleh cari kerja lain. Kalau bos masih perlukan, dia akan bincang isu gaji.

Reaksi netizen.Reaksi netizen.

"Tak boleh buat apa, memang itu lumrah alam pekerjaan. Lagi pun ia bukan satu kesalahan.

"Kenapa pula tak puas hati? Gaji dia banyak, tu rezeki dia. Jangan dengki dengan rezeki orang lain.

"Tanggungjawab awak bantu dia sebab itu dah diarahkan majikan. Selagi awak tak kena pecat, buat kerja macam biasa," kata netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain