suria

Lelaki bakar parcel berisi ‘sesuatu’, dakwa tahu siapa pengirim - “Sempat lagi minta belaan kacau”

Wanita itu merakam video ketika suami membakar bungkusan tersebut.

ZAMAN sekarang kita perlu lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang pemberian sama ada secara berdepan mahupun menerusi kiriman pos.

Bukan mahu menimbulkan rasa syak dan buruk sangka namun bimbang sekiranya pengirim mempunyai niat tidak baik tanpa kita sedari.

Demikian situasi yang dikongsikan seorang lelaki apabila dia mengambil keputusan untuk memusnahkan dengan membakar satu bungkusan mencurigakan.

Parcel tersebut diketuk terlebih dahulu sebelum dibakar.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, lelaki terbabit dilihat mengetuk sesuatu yang diletakkan di dalam beg putih dengan tukul besi sebelum membakarnya.

"Belajar daripada pengalaman lepas, terima barang orang pun kena berhati-hati. Disangkakan kosong, rupanya berisi ‘sesuatu’ dengan tujuan tertentu. 

"Apa lagi, kita katok (ketuk), kita bakaq (bakar). Agak-agak sudah menggelupur rasa azab dunia nyata, kita padamkan api. Alhamdulillah terkawal.

ARTIKEL BERKAITAN: Jauhilah khidmat ‘uskun’... Ketahui 8 tempat jadi tumpuan jin dalam rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Pengamal perubatan kongsi cara batal sihir dihantar nak tutup periuk nasi! Ramai peniaga tak tahu rupa-rupanya tak boleh sembarangan ambil duit pelanggan

"Manusia sekarang dalam baik ada makna. Apabila makna tu tak tercapai, mereka jadikan sebagai liabiliti untuk jahanamkan kita pula,” tulisnya di Threads.

Bagaimanapun, individu berkenaan tidak nyatakan secara terperinci mengenai isi barangan daripada bungkusan yang diterimanya itu.

Tambah individu tersebut, dia mendakwa selepas video pembakaran itu tular, muncul pihak tertentu yang seakan-akan terasa dan mula 'tidak senang duduk' di ruangan komen.

Kalau rasa itu sihir, selawat tiga kali... baca ayat ke-9 surah Yasin dan tuang cuka atas barang tu.

NETIZEN

“Sejak letak video bakar parcel tu, ada pihak yang tiba-tiba 'panas' dalam Threads. 

"Rancangan tak jadi? Bawalah bertaubat. Benda ni ikut mana pun, makan diri sendiri semula. 

"Lagi teruk termakan diri  kalau hantar kepada orang yang pandai menepis. Awak faham maksud saya,” katanya lagi.

Bagi mendapatkan kepastian, seorang pengguna Threads bertanya sama ada bungkusan yang dibakar itu adalah ilu hitam atau sihir.

Parcel tersebut dibakar di kawasan pelupusan sampah.

Bagaimanapun individu berkenaan masih berkias tanpa memberi penjelasan lanjut tentang persoalan itu.

"Apabila hasad menguasai diri, cara berdepan tak jadi, cara halus kononnya menjadi. 

"Mentaliti manusia apabila hati dah gelap, apa pun boleh jadi. Moga kita sentiasa dilindungi Allah," katanya.

Sementara itu dalam Threads berasingan, lelaki berkenaan mendakwa dia turut menerima gangguan misteri dipercayai dihantar pengirim yang sama.

"Sedang typing ni pun sempat lagi minta belaan kacau. Tak mengapa la, kita tepis dan buang. Moga insaf sebelum makan diri.

"Kita buang saja, tak hantar balik," katanya.

Di ruangan komen, ada individu yang berkongsi panduan jika benar bungkusan itu diyakini mengandungi unsur sihir.

"Kalau rasa itu sihir, selawat tiga kali, baca ayat kesembilan surah Yasin dan tuang cuka atas barang tu. Lillahitaala. Tak payah bakar pun tak apa," tulis seorang pengguna.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain