suria

Makin parah! Budak sekolah rendah mula terjebak hubungan sejenis... Wanita terkejut lepas ‘spot check’ telefon anak buah

Masalah sosial dalam kalangan pelajar sangat membimbangkan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita melahirkan kebimbangan terhadap kesan penggunaan media sosial seperti TikTok dalam kalangan kanak-kanak.

Dia mendakwa ada kalangan murid sekolah rendah terjebak dalam hubungan sejenis selepas menonton video di platform tersebut.

"Tak faham dengan budak zaman sekarang, darjah empat sampai enam pun dah ada lesbian.

Pengunaan telefon tanpa kawalan boleh merosakkan kanak-kanak. -Gambar hiasanPenggunaan telefon tanpa kawalan boleh merosakkan kanak-kanak. -Gambar hiasan

"Saya dapat tahu pun sebab anak saudara cerita apa yang berlaku dekat sekolah dia.

"Mula-mula kawan-kawan dia ikut trend daripada TikTok iaitu fav senior & junior tapi jadi terpesong. Siap bersayang-sayang dan declare," katanya.

Katanya jika dulu satu perkara biasa apabila wujud istilah adik dan juga kakak angkat, namun zaman kini kanak-kanak berlebihan dalam perhubungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita salahkan krisis usia terjebak dunia lesbian, kini dihantui rasa bersalah sampai tak boleh tengok muka suami

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pujuk suami kahwin lagi! Patutlah sporting benar madu tinggal serumah, tidur sebilik... Rupanya lesbian

"Mereka ni terlebih advance sebab ada telefon dan setiap hari berkongsi gambar, WhatsApp dan sebagainya.

"Sebenarnya telefon ni tak bagus untuk budak-budak. Harap ibu bapa jangan bagi kebebasan sangat... kena selalu periksa," katanya.

Wanita itu mengakui dia memeriksa telefon anak buahnya dan mendapati ada dalam kalangan kanak-kanak menghantar mesej menyatakan minat.

Sekarang semua di hujung jari jadi tak pelik pun mereka tahu aktiviti LGBT.

NETIZEN

"Ada yang junior cuba jadikan dia senior kegemaran tapi dia palau. Budak zaman sekarang memang membimbangkan," katanya.

Perkongsian wanita itu dipersetujui netizen yang menganggap kanak-kanak zaman kini sangat menakutkan.

"Ada budak umur 10 tahun, hari-hari tengok porno. Telefon banyak memudaratkan untuk kanak-kanak.

Reaksi netizen.Reaksi netizen.

"Sekarang semua di hujung jari jadi tak pelik pun mereka tahu aktiviti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

"Kalau di asrama lagi menakutkan, masa saya junior ada kawan baik tiap-tiap malam tidur satu selimut. Geli dengar mereka panggil sayang.

"Ada yang belum masuk tadika lagi ibu bapa dah bagi telefon, kesian budak tu. Tak elok untuk mata dan pemikiran dia," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain