suria

Wanita pesan nasi kandar tapi tak mampu bayar COD... Rider tersentuh hati dengar suara anak dalam rumah mengadu lapar

Paktam berkongsi kisah menyentuh perasaan ketika menghantar makanan.

PELBAGAI kisah menyentuh hati yang dilalui pekerja penghantar makanan ketika berdepan dengan pelanggan mereka dikongsikan di media sosial.

Menurut cerita seorang pekerja e-hailing dikenali sebagai Paktam Perus, dia pernah berdepan situasi tidak disangka-sangka ketika menghantar pesanan makanan kepada pelanggan yang memilih kaedah pembayaran tunai semasa serahan atau cash on delivery (COD).

"Sampai je (rumah pelanggan), saya bagi la makanan. Tiba-tiba akak tu cakap... maaf dik, akak tak perasan tak ada duit dalam wallet’,” kongsi rider itu.

Mendengar alasan tersebut, Paktam tidak menunjukkan rasa marah sebaliknya dia menawarkan alternatif dengan mencadangkan pelanggan untuk membayar secara imbasan kod QR.

Rider perlu amanah dalam menjalankan tugasan sebagai penghantar makanan. -Gambar hiasan

Namun, ternyata jawapan diberikan pelanggan wanita ini sekali lagi mengejutkan rider terbabit.

"Dalam bank pun tak ada dik," jawab pelanggan wanita itu kepada Paktam.

Menerusi foto dikongsikan, dipercayai pelanggan itu membuat tempahan makanan dari salah sebuah cawangan Restoran Nasi Kandar Haji Buhari.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Padah' mengelamun, pemandu e-hailing malukan diri depan awek... Lebur rating 5 bintang - “Dia tutup hidung”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berdepan detik cemas, rider e-hailing tonton video lucah sepanjang perjalanan… Terpaksa menyorok di rumah jiran, bimbang diekori

Ketika Paktam masih buntu dengan situasi itu, dia kemudiannya dikejutkan pula dengan suara anak kecil yang mengadu lapar dari dalam rumah.

Keadaan itu mengundang rasa simpati Paktam.

"Tiba-tiba anak perempuan dia panggil... ibu, makanan dah sampai ke? Lapar la ibu. Ya Allah, masa tu aku rasa nak gugur jantung, menggeletar lutut.

Moga murah rezeki kau bang... soal akak tu tipu atau tidak, ia antara dia dengan Allah.

NETIZEN

"Saya cakap dekat akak tu tak mengapa. Saya suruh dia bagi anak tu makan. Tak apa saya halalkan dunia akhirat. Doakan je saya dan keluarga sihat dan murah rezeki selalu," imbasnya lagi.

Kata Paktam, situasi yang berlaku membuatkan fikirannya tidak tenang sepanjang perjalanan pulang.

Kejadian itu membuka ruang kesedaran buatnya tentang erti syukur dan ujian kehidupan.

"Susah-susah saya, ada orang yang lagi susah. Mesti akak tu tahu dia tak ada duit tapi anak sudah lapar. Mungkin dengan cara ni dia dapat bagi anak makan.

Komen netizen di media sosial.

"Satu pengajaran juga dekat saya, sentiasa kena bersyukur apa yang ada. Macam-macam cara Allah nak uji kita," katanya lagi.

Selepas hantaran itu dikongsikan, rata-rata netizen memuji tindakan lelaki ini yang tidak membiarkan si ibu dan anak-anaknya kelaparan.

"Awak ni memang terbaik bang. Kita kongsi rezeki. Allah akan ganti dengan cara paling mudah.

"Moga murah rezeki kau bang. Soal akak tu tipu atau tidak, ia antara dia dengan Allah.

"Tapi kalau kena dekat rider yang tengah susah lagi kasihan. Tak fasal-fasal kena buang kerja ke," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain