Jauhilah khidmat ‘uskun’... Ketahui 8 tempat jadi tumpuan jin dalam rumah - Ad-din | mStar

Jauhilah khidmat ‘uskun’... Ketahui 8 tempat jadi tumpuan jin dalam rumah

Rumah yang tidak berpenghuni menjadi tempat tinggalan jin dan iblis. Gambar hiasan.

SALAM semua pembaca mStar.

Kali ini saya nak kongsikan beberapa perkara yang menjadi kekeliruan umat Islam dan boleh menjerumuskan diri kepada dosa terbesar yang Allah tak akan ampun iaitu dosa syirik kepada Allah.

Pertama, masih ramai umat Islam keliru antara perubatan Islam dan perubatan syirik melalui bomoh, dukun atau ustaz yang mengamalkan rukyah yang dibenarkan dalam Islam.

Rukyah ialah amalan membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan perubatan dengan cara yang betul.

Lebih mengelirukan lagi ada yang bertopengkan gelaran ustaz dengan penampilannya tapi sebenar dia ialah dukun! Namanya ‘uskun’.

Siapakah uskun?

Istilah ini sangat popular di Indonesia ia mengandungi dua perkataan yang digabungkan iaitu ustaz dan dukun jadi uskun.

Siapakah uskun? Iaitu seseorang yang penampilannya seperti seorang ustaz tetapi mengamalkan cara perubatan yang tidak dibenarkan dalam Islam seperti menggunakan jin, tangkal azimat dan lain-lain yang bercanggah dengan Islam.

Jangan mudah percaya dengan bomoh kerana ia boleh menyesatkan. - Gambar hiasan.

Kadang-kadang uskun berkata hanya Allah yang menyembuhkan atau ada menyebut bismillah atau selawat kepada nabi SAW yang hanya untuk mengelabui mata pesakitnya.

Saya berhadapan dengan seorang jiran meminta tolong sebab anaknya sering menangis selain kerap menunjukkan tangan kepada sesuatu sambil menutup matanya.

Alhamdulillah anaknya dah kurang menangis katanya, selepas dia berjumpa seorang ustaz di jalan Tunku Abdul Rahman (Kuala Lumpur) tapi ustaz itu memberi anaknya tangkal benang hitam untuk dipakai di pinggang dan sebuah gambar ditulis ayat al-Quran.

Sebelum melakukan rukyah kepada anak itu, saya minta jiran gunting tangkal benang hitam tu.

Sebaik sahaja digunting maka bertempiaran lari si anaknya sehingga terjatuh ke lantai sambil menunjukkan sesuatu seolah-olah dia nampak benda pelik dan menutup matanya.

Saya tanya jiran saya adakah dia tahu apa yang mengejar anaknya tu? Itulah jin yang mengganggu anaknya selama ini.

Maka saya melakukan rukyah untuk mereka selain membersihkan rumah mereka dengan air yang telah dibaca ayat-ayat suci al-Quran dan membakar benang tersebut. 

Kanak-kanak yang sering menangis dan seolah-olah melihat sesuatu yang menakutkan, mungkin disebabkan ganguan jin. - Gambar hiasan.

Berkenaan dengan gambar tulisan yang tertulis ayat al-Quran, ia juga satu masalah kepada mayarakat kita yang keliru dengan tulisan berkenaan.

Sebenarnya ia adalah sejenis pelaris yang menghina ayat al-Quran dengan cara menulis tulisan terbalik atau dipisah-pisahkan. Selalunya ia dubuat dalam bentuk di dalam kotak.

Masyarakat terkeliru dengan ayat-ayat tersebut sedangkan ia adalah satu penghinaan kepada ayat-ayat Allah yang mana hukumnya haram.

Semakin banyak kotak-kotak tu semakin banyak penghinaan ayat Allah dan semakin kuat kesannya. Logiknya, boleh ke kita baca ayat al-Quran dengan cara terbalik?

Selepas diperiksa rupa-rupanya terdapat patung dinasour atas almari di rumah itu. Sesudah buang patung tu, penyakit pesakit tersebut pulih dengan izin Allah selepas sesi rukyah diadakan semula.

USTAZ SHAMS

PENSYARAH / PENGAMAL PERUBATAN ISLAM

Ia sudah tentu berdosa dan kalau dilakukan dengan sengaja apa hukumnya?

Sudah tentu ia haram bahkan boleh mendatangkan kufur terhadap Allah.

Apabila masyarakat kita pergi berjumpa uskun maka dibuatnya pelaris tersebut.

Sebenarnya ada sekumpulan jin yang menjaga lambang berkenaan dan apabila lambang itu digunakan, maka jin tersebut akan lakukan tugas sebagaimana disuruh oleh uskun tu.

Barang pusaka lama boleh menjadi tempat tumpuan jin jika ia dipuja bagi tujuan tertentu yang kononnya boleh menjadi azimat. - Gambar hiasan.

Jika ia diletakkan di kedai makan, maka jin tersebut akan meludah, kencing dan sebagainya.

Dalam pemerhatian melalui pengalaman saya menghalau jin di rumah, makhluk itu gemar berada di beberapa tempat seperti berikut:

1. Di depan pintu tandas dan di dapur

Kenapa dengan tandas, itukan tempat dia. Kenapa di dapur? Kerana sumber makanannya di situ ialah tulang-tulang dan bau busuk merupakan bau yang sangat disukainya. Sebab itu, sisa-sisa makanan harus diikat dalam plastik dan terus buang kecuali kalau memang tuan rumah nak bela jin!

2. Depan Televisyen

Apa hubungan jin dengan Televisyen (TV)? Kerana syaitan atau jin dan maksiat bagaikan lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Kalau ahli rumahnya selalu melihat maksiat melalui TV malah berpesta maksiat maka itulah tempat yang disukainya.

Ada sebuah rumah saya dipanggil untuk halau gangguan jin, apabila saya tanya pembantu rumahnya dia selalu melihat puntianak yang berjubah putih terbang dalam rumah dari dapur ke ruang tamu yang ada TV!

3. Jin akan tinggal di dalam bilik yang tidak selalu digunakan

Kes sebegini banyak saya temui. Di sebuah rumah dua tingkat, hanya tingkat bawah sahaja digunakan manakala tingkat atas tidak dibersihkan. Maka jin akan tinggal di situ.

Tandas adalah antara tempat tumpuan jin dalam rumah kerana ia bersifat kotor. - Gambar hiasan.

Ada satu kes di sebuah rumah berdekatan Batu Caves, Selangor, rumah tersebut tidak diduduki sehingga lima tahun. Apabila saya masuk, saya mendapati ada jin di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Oleh kerana itu, penyewa atau pembeli enggan menduduki rumah itu kerana berasa takut sedangkan perhiasan dalamannya cantik.

4. Tempat yang ada alat muzik

Ada beberapa buah rumah yang saya pergi apabila ada gitar dan piano maka jin akan berada di situ kerana hubungan maksiat dengan jin terpisah tiada.

5. Di tempat yang ada gambar dan patung manusia atau binatang

Banyak hadis nabi SAW menegaskan bahawa malaikat rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar dan patung, walaupun gambar keluarga yang digantung. Pernah satu masa saya melakukan rukyah terhadap seorang pesakit yang menglami ‘slip disc’  yang mana pada kebiasaan, bagi saya tidak sukar melakukannya tetapi kurang berkesan semasa pengubatan kali ini dilakukan. 

Selepas diperiksa rupa-rupanya terdapat patung dinasour atas almari di rumah itu. Sesudah buang patung tu, penyakit pesakit tersebut pulih dengan izin Allah selepas sesi rukyah diadakan semula.

6. Penghuni rumah menggunakan tangkal, azimat, buluh perindu

Dalam satu peristiwa di Gombak, saya pernah melakukan rukyah terhadap anak kecil yang kerap menangis. Apabila saya periksa, di dalam rumahnya memang ada jin tetapi apabila dihalau, ia tak mahu keluar. Saya bertanya kepada ayah anak itu, ada apa-apa yang dipakainya? Akhirnya, dia menyerahkan kepada saya buluh perindu miliknya. Kemudian saya neutralkan buluh perindu itu dan saya bakar. Barulah jin keluar dari rumah dan anaknya berhenti menangis.



Dapur juga tempat yang disukai jin kerana terdapat sisa-sisa makanan dan ia perlu dibersihkan selalu. - Gambar hiasan.

7. Rumah yang disimpan barang-barang lama

Ada satu kes di mana seluruh ahli rumah tersebut sakit-sakit disebabkan gangguan jin di dalam rumah yang disimpan barang-barang dipuja seperti barang-barang lama tinggalan nenek moyang atau barang pusaka.

8. Tinggal berdekatan rumah yang ditinggalkan kosong

Banyak rumah yang ditinggalkan kosong dan penghuninya bukan lagi manusia tetapi jin dan syaitan sebagaimana sabda nabi SAW yang mana pada akhir zaman ini terdapat banyak rumah syaitan.

Mudah-mudahan kita semua tidak terpedaya dengan tipu daya jin, iblis dan syaitan.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar mesej di 011-1144 8987. Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” [al-Isra’:82].

Silakan kongsi sebanyak mungkin semoga menjadi sebahagian amalan soleh kita. Wallahua’lam.

***Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti.

jin , rumah tinggal , rukyah , iblis

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain