suria

Gelang emas ‘sekerat’ lengan tapi beli baju RM10 pun minta diskaun... Peniaga naik menyampah layan kerenah makcik-makcik kedekut!

Peniaga perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan setiap kali berniaga. -Gambar hiasan

SUDAH menjadi lumrah berniaga, pelbagai ragam pelanggan terpaksa dilayan tidak kira yang mesra mahupun cerewet.

Menurut cerita seorang peniaga baju, dia kerap berdepan pelanggan yang cukup bergaya namun agak berkira ketika berbelanja.

"Entah kenapa, kebanyakan makcik-makcik yang pakai gelang emas banyak dekat tangan, kalau datang beli dekat kita selalu minta kurang.

Pelanggan biasanya akan mendapatkan harga terbaik sebelum membeli. -Gambar hiasan

"Kadang beli satu barang RM10 pun minta kurang sampai naik menyampah," katanya yang berniaga pakaian di sebuah pasar pagi namun tidak dinyatakan lokasi ini.

Menurut peniaga itu, penampilan pelanggan yang kelihatan mewah dengan perhiasan emas tidak mencerminkan cara mereka berbelanja.

Bukan soal harga jadi hal utama, sebaliknya sikap sesetengah pelanggan yang dianggap kurang beradab ketika berurusan turut menjejaskan 'mood' peniaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu tawar kerja sembang modal juta-juta, sampai hari gaji bos minta diskaun! Lelaki ini akhirnya tahu cara orang kaya berniaga

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bengang pembeli melebih-lebih minta diskaun, tak fikir orang cari rezeki - “Duit tak ada tapi selera tinggi!”

"Apa tujuan pakai gelang emas banyak-banyak agar nampak kaya? Tapi datang beli dekat kami peniaga kecil minta kurang sampai naik meluat nak melayan.

"Lain kali makcik-makcik jenis ni masuk la butik mewah. Cakap kat pekerja di situ tak boleh jual murah lagi ke?

"Tengok dia punya 'pergi' macam mana. Masuk butik tak berbunyi macam tu pula... siap lagak kaya bukan main," ujarnya sinis.

Gelang saya pun penuh di tangan juga tapi tak pernah lagi minta diskaun melampau.

NETIZEN

Tambah pengadu lagi, dia bukanlah peniaga yang terlalu berkira untuk memberikan diskaun tetapi cara pelanggan memainkan peranan besar.

"Kalau cakap baik-baik, hati jadi lembut... boleh je bagi kurang. Tapi kalau datang pun acah-acah bajet, cakap lebih kurang, orang macam ni malas nak layan.

"Kemudian dia sepah-sepahkan lagi baju... aduh, letih," luahnya.

Peniaga perlu bersedia untuk melayan sikap pelanggan yang suka tawar-menawar. -Gambar hiasan

Kisah tersebut nyata mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan peniaga berkenaan, sambil menceritakan pengalaman serupa.

"Sebab dia minta kurang tu la dia kumpul-kumpul duit dapat beli emas.

"Gelang saya pun penuh di tangan juga tapi tak pernah lagi minta diskaun melampau. Biasanya minta diskaun RM1 je sebab nak bagi genap jumlah.

"Kalau tak nak bagi kurang harga, bagitahu terus je depan pelanggan. Kalau tak nak jual, beritahu terus je depan pelanggan," komen beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain