suria

Mentua risau arwah anak lelaki tak tenang dalam kubur, paksa menantu faraid semua harta - “Susah nanti dipersoal di akhirat”

Isu perebutan harta berlaku apabila terdapat kematian. -Gambar hiasan

SEORANG balu yang masih berduka dengan kehilangan suami tercinta meluahkan rasa kecewa dengan sikap keluarga mentuannya.

Di saat dia memerlukan sokongan, keluarga mentua bukan sekadar mendesak inginkan harta peninggalan arwah tetapi juga harta miliknya.

Memulakan perkongsian di media sosial, wanita itu mendedahkan ketika suaminya masih hidup dia ada membeli kereta dan motosikal untuk kegunaan ibu bapa mentuannya.

Katanya, geran kereta dan motosikal itu tertera nama suaminya dan diletakkan di rumah mentua bagi kegunaan mereka.

Ibu bapa biasanya sudah membahagikan harta sebelum meninggal dunia. -Gambar hiasanIbu bapa biasanya sudah membahagikan harta sebelum meninggal dunia. -Gambar hiasan

"Apabila bapa mentua meninggal dunia pada 2013 dan ibu mentua menyerahkan motosikal dan kereta itu untuk anak-anak lain.

"Suami meluahkan rasa kecewa dan hampa dengan tindakan ibunya," katanya.

Apabila suaminya meninggal dunia pada 2022, ibu mentua melarangnya menuntut motosikal dan kereta berkenaan di mahkamah.

Katanya, dia mengalah dengan kehendak ibu mentuanya selain didesak menyerahkan syarikat suaminya kepada mentuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas suami meninggal, keluarga mentua minta faraid bahagian kereta milik menantu... Bagi alasan arwah bayar deposit

ARTIKEL BERKAITAN: Balu anak 6 dihalau mentua ustazah, tak sabar nak faraid rumah tinggalan arwah anak... Langsung tak fikir kebajikan cucu OKU

"Walaupun saya tahu hak saya dalam syarikat, tapi saya kasihan melihat mentua yang dah berusia hampir 80 tahun turun naik mahkamah nak tuntut syarikat. 

"Saya maklum itu kehendak adik beradik ipar dan bukan kehendak mentua sepenuhnya," katanya.

Lebih mengecewakan semua harta yang tertulis nama pengadu itu juga dipaksa dibahagikan kepada mentuanya.

"Lot tanah, kenderaan seperti Toyota Alphard, Honda City, Harley Davidson, Yamaha NVX dan Honda EX5 semua atas nama saya.

"Semua itu pun mentua minta saya kira ikut faraid juga untuk dapatkan bahagian dia.

Awak kesian kat mak mentua umur 80 naik turun mahkamah... anak-anak dia tak kesiankan dia pun.

NETIZEN

"Alphard dan Honda City saya dah jual selepas suami meninggal dan tukar kepada Honda HRV untuk kegunaan saya dan empat anak yang masih bawah umur," katanya.

Jelasnya, motosikal Harley Davidson pula sudah dijual pada Mei lalu dan dia memberikan bahagian satu per enam kepada ibu mentua.

"Yang tinggal lot tanah yang dihadiahkan suami untuk saya, motosikal NVX dan EX5 untuk kegunaan anak lelaki.

"Sekarang saya asyik disindir, mentua dan ipar tak puas hati. Suruh kira semua harta yang dibeli oleh arwah suami.

"Mereka kata, risau arwah tak tenang dalam kubur dan susah nanti apabila dipersoal di akhirat," kata pengadu lagi.

Reaksi netizenReaksi netizen

Tambahnya, dia sudah cuba menerangkan haknya mengikut undang-undang tetapi tidak diendah.

Netizen yang membaca luahan wanita itu tidak menyangka masih ramai yang gilakan harta orang lain sedangkan maklumat mudah diperoleh di hujung jari.

"Minta peguam terangkan kepada ipar duai sampai mereka faham. Ni dah tahun 2025, masih ada orang yang lemah longlai serah segalanya.

"Awak kesian kat mak mentua umur 80 naik turun mahkamah. Anak-anak dia tak kesiankan dia pun.

"Mereka kisah kubur orang, kubur mereka nanti tenang ke? Kalau saya jadi awak saya tak akan pedulikan lagi keluh kisah mereka," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain