SEORANG wanita berkongsi pengalaman rakannya yang terpaksa berdepan situasi menyakitkan hati ketika baru menimbang cahaya mata.
Menurut wanita itu, tanpa memikirkan tentang sensitiviti sesiapa, ibu mentua rakan menegur warna kulit bayi yang baru dilahirkan.
Teguran itu dibuat sebaik sahaja bayi itu dilahirkan, dengan mengatakan warna kulit cucunya itu 'gelap'.
Cucu pertama sangat dinanti oleh datuk dan nenek. -Gambar hiasan AI
"Anak kawan aku ni lahir kulit gelap. Lepas tu mentua dia cakaplah, gelapnya anak kau.
"Lepas tu mulut kawan aku pula terlepas cakap, ye lah ikut kulit abang (suami)," kata wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Malang dapat bapa mentua mulut jahat, hina cucu hodoh berkulit gelap! Bagi alasan tak boleh puji, takut penyakit ‘ain’
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita benci nenek pilih kasih! Suruh bayar mi segera RM1, cucu kesayangan dapat makan ‘free’ - “Dia pastikan gaji aku lebih rendah”
Jawapan itu bagaimanapun membuatkan ibu mentua naik berang dan menegaskan bahawa keturunannya semuanya berkulit cerah.
"Mentua dia terus baran cakap eh keturunan aku putih. Tengok la adik tu (adik ipar), sampai sekarang putih macam Cina," katanya.
Situasi tegang ketika itu bagaimanapun berubah apabila suami rakan menyampuk dan mempertahankan isterinya.
- Bayi baru lahir ditegur ibu mentua kerana berkulit gelap.
- Ibu mentua tegaskan keturunannya berkulit cerah.
- Suami campur tangan untuk pertahankan isteri.
- Golongan wanita tua kerap menegur hal sensitif tanpa jaga adab.
- Sikap suka mengulas terbawa hingga menantu dan cucu, menimbulkan salah faham.
"Suami dia terus menyampuk ha tahu baran orang cakap anak dia gelap. Tu yang mak cakap gelap tu anak abang tu. Keturunan abang," katanya.
Wanita tersebut berpandangan, ramai golongan Hawa terutama yang sudah berusia sering mengulas hal sensitif seperti rupa paras orang lain atas alasan mengambil berat sehingga terlupa menjaga adab dan perasaan orang lain.
Katanya, apabila ditegur atau terkena pada diri sendiri, mereka mudah terasa seolah-olah orang lain bermusuh dengan mereka.
“Perangai suka tegur dan komen benda sensitif tu terbawa-bawa sampai ada menantu dan cucu pun masih sama,” ujarnya.


