suria

Pemuda terganggu kedai makan benarkan ‘busker’ suara sumbang melalak dalam premis... Siap buat ‘muka kerek’ apabila tak hulur duit

Ada sesetengah kedai makan membenarkan persembahan pemuzik jalanan di premis mereka. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir kumpulan pemuzik jalanan atau busker yang tampil membuat persembahan di kedai makan.

Katanya, dia tidak mempunyai  masalah dengan kumpulan pemuzik jalanan tersebut tetapi ada sebahagian yang beraksi tanpa kawalan sehingga mengganggu pelanggan.

Menurutnya, dia pernah mengalami situasi tidak selesa ketika menjamu selera di Kampung Baru, Kuala Lumpur apabila didatangi mereka.

Bukan semua orang suka pemuzik bernyanyi di dalam kedai makan. -Gambar hiasan AI Bukan semua orang suka pemuzik bernyanyi di dalam kedai makan. -Gambar hiasan AI 

"Tolong jangan benarkan budak busking datang melalak dekat kawasan kedai anda. Cukuplah aku dengan kawan saja kena.

"Dua budak busking nyanyi dua, tiga lagu lepas tu beri ucapan selamat menjamu selera. Terus datang collect duit," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara conteng dinding sekolah, budak 8 tahun dipaksa busking tepi jalan... Cari duit bayar pampasan

ARTIKEL BERKAITAN: Siang kerja ofis, ada sebab anak jati Semporna pilih busking sebelah malam... pernah hilang suara, tapi nyanyi lagu Adele tetap meletup!

Katanya, apabila pelanggan tidak memberi sumbangan, busker terbabit menunjukkan wajah tidak puas hati sebelum beredar.

"Apabila tak bagi duit dia buat muka kerek. Senang betul buat duit. Tak faham siapa yang mulakan busking dekat tempat orang makan,” katanya.

Pemuda itu menegaskan bahawa alasan mencari rezeki tidak seharusnya dijadikan tiket untuk mengganggu ketenteraman orang lain, lebih-lebih lagi jika persembahan tidak berkualiti.

  • Pemuda tidak selesa dengan busker yang menyanyi dan kutip duit di kedai makan.
  • Dua busker di Kampung Baru didakwa paksa suasana dengan nyanyian dan pungutan wang.
  • Mereka dikatakan tunjuk muka tak puas hati bila pelanggan tak beri sumbangan.
  • Pemuda itu anggap alasan “cari rezeki” tidak wajar jika mengganggu orang makan.
  • Netizen berpecah pendapat—ada sokong, ada pertahan busker.

“Kalau suara sedap tak apa, ini pula sumbang. Tengah makan sedap-sedap, datang lagu entah apa dengan suara hauk… memang serabut,” tambahnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang bersetuju dan ada juga kurang senang dengan pandangannya.

"Biasalah bang, orang nak hidup cari rezeki. Kalau dia senang, dia tak busking minta macam gitu.

"Saya sangat tak suka buskers memekak di tempat makan, dah la bising. Nak makan pun tak senang," kata netizen.

Artikel Lain