suria

[V] “Makin diam makin menjadi-jadi” - Nubhan dakwa terlalu banyak fitnah, mahu bersihkan semula nama

PENYANYI dan usahawan Nubhan Ahmad mendakwa pelbagai fitnah yang timbul sebelum ini memberi kesan terhadap dirinya sehingga memaksa dia untuk tampil mempertahankan diri.

Menurut Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri bagi menghormati banyak pihak, namun keadaan semakin tidak terkawal apabila pelbagai dakwaan tidak benar terus tersebar.

"Sebenarnya terlalu banyak fitnah yang berlaku sebelum ini. Banyak sangat fitnah.

Nubhan tidak mahu nama baiknya terus tercemar. 

"Jadi benda itu telah menimbulkan banyak kebencian kepada saya.

"Saya banyak diam sebelum ini. Tapi makin saya diam makin menjadi-jadi pula," katanya kepada mStar.

Nubhan meluahkan perkara itu ketika ditemui sejurus selesai prosiding kes komital difailkannya terhadap bekas isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada pagi Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan dakwa berlaku tiga pelanggaran perintah, sedia tarik balik kes jika Dr Afifah mohon maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah tak tahu punca Nubhan fail komital, harap diberi keadilan

"Saya menggunakan saluran ini untuk mempertahankan dan membersihkan balik nama saya.

"Tapi dalam masa sama saya masih menghormati banyak pihak yang perlu saya jaga, sebab itu sebelum ini saya pilih untuk berdiam," jelasnya.

Dalam pada itu, Nubhan menegaskan dia tidak berniat untuk membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya hanya mahu memastikan situasi tidak menjadi semakin parah.

Saya banyak diam sebelum ini

NUBHAN 

PENYANYI

Prosiding komital pelanggaran perintah mahkamah berkenaan didengar di hadapan pendaftar, Dr Shanizah Ngatiman.

Nubhan diwakili peguam syarie Mohd Redzuan Ramli, manakala Afifah diwakili peguam syarie Nor Hazura Hamzah.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sambungan prosiding kes tersebut.

Nubhan memfailkan komital terhadap bekas isteri. 

Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Afifah pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain