SEORANG wanita meluahkan rasa geram apabila berjiran dengan keluarga yang menjadikan pokok rambutan milik mereka sebagai 'harta awam'.
Menurut wanita itu, kejadian terbaharu berlaku apabila jiran berkenaan datang memberitahu ibunya bahawa dia sudah memanggil anak dan menantu untuk makan rambutan.
Paling mengecewakan katanya, jiran itu tidak meminta izin terlebih dahulu.
Musim rambutan biasanya antara Jun hingga Ogos dan sekitar Disember hingga Januari. -Gambar hiasan AI
"Pokok rambutan tu di rumah aku, bukan rumah dia. Tak minta izin apa-apa, tiba-tiba beritahu dia dah panggil anak menantu makan rambutan di rumah mak aku.
"Aku tahu dia jiran, tapi perlu ke sesuka hati anggap tu pokok dia?," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran buat tanah kosong macam hak sendiri... Penat orang lain tarah semak, esoknya datang tanam pokok nanas
ARTIKEL BERKAITAN: Orang sebelah melebih-lebih siram pokok, air memancut langgar kawasan... Jiran tak reda, lantai garaj asyik basah!
Kata wanita itu lagi, ia bukan kali pertama perkara berkenaan berlaku.
Tambahnya, tahun-tahun sebelumnya juga anak dan menantu jiran tersebut datang dengan plastik besar untuk mengambil rambutan.
"Macam lupa kami ni tuan rumah, tuan tanah dan tuan yang tanam pokok tu. Memang la pokok tu rezeki daripada Allah tapi kena la hormat kami.
"Tak tahu la nak cakap elok-elok macam mana dengan orang macam ni," katanya.
- Wanita kesal jiran anggap pokok rambutan di tanah keluarganya sebagai milik mereka tanpa meminta izin.
- Jiran beritahu sudah panggil anak menantu untuk makan rambutan, walaupun pokok itu bukan di kawasan rumahnya.
- Perkara sama pernah berlaku sebelum ini apabila keluarga jiran datang dengan plastik besar untuk mengambil buah.
- Wanita itu bukan berkira, tetapi kecewa kerana hak tuan rumah tidak dihormati.
- Netizen cadangkan dia petik semua rambutan dan sedekahkan kepada jiran lain sebagai cara menegur secara halus.
Katanya, dia bukan kedekut, tetapi terkilan dengan sikap jiran yang tidak menghormati hak pemilik tanah.
“Saya ni tunggu hujung minggu saja, nak kutip semua rambutan dan simpan dalam plastik. Bukan pasal berkira… tapi sebab dia yang tak hormat kami dulu," katanya.
Sementara itu, netizen berkata cara terbaik dalam menangani kes itu ialah dengan memetik semua buah dan sedekahkan kepada jiran-jiran berhampiran.
"Petik semua lepas tu bagi la sikit dekat dia, jiran-jiran lain. Yang lebih tu cakap ja nak jual.
"Saya rela sedekah dekat jiran lain lagi dari jiran yang tak tau malu ni," komen netizen.


