suria

Menantu terkedu, hati budi mentua terbongkar lepas 'tipu' suami belikan emas! - "Dalam Islam, mak nombor satu"

Barang kemas sering dikaitkan dengan status kewangan seseorang. -Gambar hiasan AI

HANTARAN seorang wanita mengenai sikap ibu mentuanya yang seolah-olah cemburu melihat dia memakai gelang emas mengundang pelbagai reaksi netizen.

Reaksi itu dapat dilihat selepas dia memaklumkan bahawa barang kemas tersebut dibeli oleh suaminya.

Menurutnya lagi, ketika itu dia baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Ibu mentua dan menantu perempuan sering mempunyai konflik. -Gambar hiasan AI

Ibu mentua dan menantu perempuan sering mempunyai konflik. -Gambar hiasan AI

"Masa baru kahwin dulu, saya ada beli gelang emas... kemudian ibu mentua ternampak dan terus tegur cantik, berapa harga.

"Saya terus cakap, suami yang belikan sebab tak nak dia terasa macam saya menunjuk," luahnya di Thread.

Namun tanpa diduga, jawapan yang diberikan itu mengundang rasa iri hati ibu mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua 'tersakiti' menantu hamil order 'meatball', sinis cakap cucu bakal lahir kulit gelap - "Anak saya kini dah dekat syurga"

ARTIKEL BERKAITAN: "Semoga bisnes hang tak berjaya" - Adik 'semak' ada kakak busuk hati, dengki bapa mentua bagi tanah

Lebih mengejutkan apabila ibu mentua terus menyatakan bahawa dia juga berhak menerima hadiah barang kemas.

"Kalau suami awak belikan isteri apa-apa, dia kena belikan juga pada maknya barang yang sama.

"Dalam Islam, mak nombor satu... ibu ni belajar agama," tambahnya yang terkedu mendengar jawapan diberikan.

  • Wanita kongsi pengalaman ibu mentua cemburu dengan gelang emas yang dibeli suaminya.
  • Ibu mentua berpendapat suami patut beri emas sama kepada dirinya.
  • Wanita terkejut dengan sikap ibu mentua yang menuntut hadiah.
  • Nasihatnya, mentua jangan dengki, biar anak beri penghargaan kepada isteri.
  • Netizen kongsi pengalaman serupa, ada yang beri pandangan berbeza tentang emas dan sedekah.

Pengalaman peribadinya itu dikongsikan susulan hantaran tular nasihat seorang wanita mengenai sikap ibu mentua.

"Esok-esok jadi mentua jangan nak terasa, nak dengki dengan anak lelaki kita kalau dia belikan emas pada isteri dia.

"Biarlah anak kita nak bagi penghargaan untuk isteri dia, kita sepatutnya bagitahu anak kita 'bagus beli emas banyak-banyak untuk isteri sebab nanti boleh jadi backup kewangan'.

Warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan sikap ibu mentua pengadu.

Warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan sikap ibu mentua pengadu.

"Makanya kita mentua akan datang, kalau rasa nak emas kita usahakan sendiri... kalau suami tak mampu jangan nak harapkan duit anak," demikian nasihat yang dititipkan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk berkongsi pengalaman hampir sama.

"Teringat kawan saya yang berkahwin dapat mak mentua macam tu, mentua dia memang bagi duit ribu-ribu setiap bulan.

"Suami mak mentua tak pernah belikan emas ke?

"Mak mentua saya cakap beli emas ni membazir, dia syorkan sedekah tapi apabila sesak-sesak, emas tu juga kita jual untuk tolong anaknya," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain