suria

Pekerja binaan enggan duduk di kerusi klinik sebab baju kotor, bau peluh... Luluh hati doktor dengar 'permintaan' ketika kaki dirawat

Seorang lelaki rela berlapar dari mencuci luka. -Gambar hiasan AI

SEORANG doktor berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila merawat seorang lelaki yang datang ke klinik memakai pakaian lusuh, dipenuhi kesan minyak hitam dan debu.

Menurut doktor berkenaan, berdasarkan pakaian lelaki itu, dia berkemungkinan bekerja di tapak pembinaan.

Katanya, lelaki itu yang reaksinya dalam keadaan serba salah hanya berdiri di pintu klinik dan enggan duduk kerana bimbang bajunya yang kotor akan mengotorkan kerusi.

Seorang bapa bekerja keras demi kebahagian anak isterinya. -Gambar hiasan AISeorang bapa bekerja keras demi kebahagiaan anak isterinya. -Gambar hiasan AI

"Bau peluh dia memang kuat, jelas baru lepas kerja keras tengah panas terik.  

"Saya terus tarik kerusi tu dekat dengan dia, duduk je bang. Kerusi kayu ni, boleh lap. Kaki abang yang sakit tu lagi penting dari kerusi ni," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kasih sepanjang masa... Bapa naik bas dari Terengganu ke KL untuk pasang 'aircond' di rumah anak gadis

ARTIKEL BERKAITAN: Malu ayah pandu kereta buruk, anak suruh berhenti jauh dari sekolah... Tak boleh lupa kejadian ketika hujan lebat

Pemeriksaan mendapati tapak kaki lelaki itu bengkak dan bernanah akibat terpijak paku karat di tempat kerja dua hari sebelum itu. 

Namun, kecederaan tersebut hanya dibalut menggunakan kain buruk kerana lelaki itu terus bekerja demi mencari rezeki harian.

"Kalau tak kerja, tak ada duit dapur kata lelaki tu. Masa buka balutan tu, bau nanah bercampur darah memang menusuk hidung, tapi muka dia tenang je tahan sakit.  

"Masa tengah cuci luka, dia tanya soalan yang buat hati saya luluh. Doktor, cuci ni mahal tak? Kalau mahal, bagi saya ubat makan je la.

"Dalam poket saya ada RM50 je ni untuk belanja dapur malam ni," katanya.

  • Seorang doktor kongsi kisah menyentuh hati merawat lelaki berpakaian lusuh yang cedera di tapak pembinaan.
  • Lelaki itu enggan duduk kerana bimbang bajunya yang kotor mengotorkan kerusi klinik.
  • Tapak kakinya bernanah akibat terpijak paku karat, namun tetap bekerja demi rezeki harian.
  • Dia hanya mempunyai RM50 dan lebih memikirkan belanja keluarga berbanding rawatan.
  • Doktor menyifatkan bau peluh lelaki itu sebagai lambang pengorbanan seorang ketua keluarga.

Menurutnya, lelaki itu lebih memikirkan perbelanjaan anak dan isteri berbanding kesihatan dirinya sendiri, meskipun lukanya berisiko dijangkiti kuman tetanus atau menjadi lebih serius.

Doktor berkenaan akhirnya memberikan rawatan lengkap termasuk suntikan tetanus dan antibiotik, selain menenangkan lelaki itu agar tidak risau mengenai bayaran.

"Dia berterima kasih. Suara dia halus, tapi saya ternampak mata dia merah menahan sebak.

"Bagi saya, bau peluh abang tu bukan bau busuk. Itu adalah bau pengorbanan seorang ketua keluarga yang sangat jujur cari rezeki. Respect!" katanya.

 

Artikel Lain