suria

Lelaki dedah beza ‘mindset’ T20, B40 lepas buat ‘eksperimen‘... Baru tahu kenapa orang kaya makin mewah, individu miskin terus fakir

Setiap individu mempunyai wawasan dan cita-cita. -Gambar hiasan AI

PERBEZAAN latar belakang dan cara berfikir sering dikatakan menjadi faktor utama yang membentuk corak pergaulan seseorang dalam masyarakat.

Berpendirian sama, seorang lelaki tampil membandingkan pemikiran golongan berpendapatan tinggi (T20) dan masyarakat rentan (B40) berdasarkan pemerhatiannya.

"Kenapa golongan T20 tak boleh masuk dengan golongan B40? Bukan sebab mereka sombong, tapi mindset.

Golongan T20 sering dikaitkan dengan mereka yang berfikiran jauh. -Gambar hiasan

Golongan T20 sering dikaitkan dengan mereka yang berfikiran jauh. -Gambar hiasan

"Aku pernah lepak dengan dua golongan ni... T20 sembang pasal bisnes, perancangan, masa depan.

"Tapi apabila lepak dengan B40, mereka tak habis-habis sembang pasal orang, perkara negatif dan zon selesa," luahnya di Thread.

Walau bagaimanapun, dia mengakui tidak semua golongan yang dimaksudkan berfikiran seperti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji 45k dedah grup T20 tak suka menonjol, tak ajak orang jadi kaya- “Jangan tertipu dengan media sosial boleh?”

ARTIKEL BERKAITAN: Budak buat detailing kereta mewah kagum kenali ‘T20 sebenar’, jauh beza dengan orang kaya media sosial - “Kita guna Honda hari-hari tunjuk stereng”

"Majoriti macam tu, tapi tidaklah semua... betullah orang kata, yang kaya akan makin kaya dan yang biasa makin miskin," tambahnya.

Mengakui diri tergolong dalam kumpulan B40, namun dia mendedahkan dirinya sedang berusaha ‘mengorek rahsia’ golongan T20 bagi memperbaiki taraf hidup.

  • Lelaki banding mindset golongan T20 dan B40.
  • Dakwa jurang bukan sebab sombong, tapi cara berfikir.
  • T20 fokus bisnes dan masa depan, B40 dikaitkan zon selesa.
  • Akui diri B40, mahu tiru pemikiran T20 untuk berjaya.
  • Netizen berbelah bahagi, ada setuju ada bantah.

Malah dia turut berpegang pada prinsip 'kalau berkawan dengan lima jutawan, kita akan jadi jutawan keenam'.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang bersetuju bahawa persekitaran dan rakan mempengaruhi pemikiran.

Warga maya bersetuju dengan pendapatnya.

Warga maya bersetuju dengan pendapatnya.

Tidak  kurang juga yang menegaskan bahawa nilai kemanusiaan dan keikhlasan persahabatan tidak seharusnya diukur berdasarkan pendapatan semata-mata.

"Aku setuju sebab aku ada kenalan T20, pemikiran mereka memang lain terutama kalau kau baru nak buat bisnes.

"Pergi surau T20, kereta besar-besar... tak ada orang nak adili mereka show off, dunia menang akhirat menang.

"T20 akan hindarkan diri daripada mereka yang negatif, sentiasa berusaha untuk berjaya," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain