Bukan semua doktor memahami kesakitan fizikal dan kepayahan yang dialami wanita hamil. -Gambar hiasan AI
MEMBAHAGIKAN masa antara tuntutan kerjaya dan cabaran fizikal ketika berbadan dua bukanlah satu perkara yang mudah buat wanita berkerjaya.Seorang wanita hamil meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa doktor lelaki yang ditemuinya menegaskan bahawa kehamilan bukan alasan untuk mendapatkan cuti sakit (MC). Menceritakan apa yang berlaku, wanita itu berkata dia berkunjung ke sebuah klinik selepas mengalami kekejangan pada bahagian pinggang sehingga ke kaki ketika bangun untuk pergi bekerja pada waktu pagi.Budi bicara diperlukan bagi membolehkan wanita hamil mendapat cuti sakit. -Gambar hiasan AI“Sedihnya. Bangun nak pergi kerja, bahagian pinggang sampai kaki cramp, badan rasa berat dan penat sangat-sangat.“Pergi klinik, kemudian doktor lelaki itu beritahu, pregnant is not excuse to take MC,” katanya menerusi satu perkongsian.ARTIKEL BERKAITAN: Ponteng sekolah sebab bangun lewat, ibu tak tahu malu minta MC sampai dua hari! Doktor kecewa anak diajar menipuARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun cop dan nama doktor tak berubah, HR baru sedar staf serah MC palsu! 2026 masih guna ‘template’ Microsoft WordTerkejut dan hampa dengan respons yang diterima, wanita berkenaan hanya mampu mendoakan agar isteri kepada doktor tersebut tidak dilanda kesukaran yang sama sewaktu hamil kelak.“Semoga isteri kamu baik-baik sahaja waktu mengandung nanti,” katanya.Menjelaskan situasi sebenar, wanita itu memberitahu bahawa dia biasanya lebih gemar mendapatkan pemeriksaan di klinik kerajaan.Namun, disebabkan mengejar masa untuk menghantar MC dalam sistem syarikat pada sebelah pagi, dia terpaksa memilih klinik swasta yang berdekatan dengan rumahnya.“Untuk rawatan memang saya akan pergi klinik yang mesra ibu dan anak. Tapi sebab nak dapatkan MC ketika waktu bekerja dan perlu hantar dalam sistem pagi, jadi saya cari yang paling dekat dengan rumah.“Alasannya sebab bulan lepas saya dah ambil MC walaupun hanya satu hari,” jelasnya.Ibu hamil kecewa doktor pertikai permohonan MC.Alami kekejangan, wanita hamil ke klinik sebelum kerja.Doktor didakwa berkata hamil bukan alasan ambil MC.Netizen simpati, turut kongsi pengalaman sama.Wanita hamil pilih klinik paling dekat dengan rumah.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen yang mendoakan agar urusan wanita tersebut dipermudahkan."Tak baik doktor tu. Saya masa hamil pergi je klinik cakap tak larat nak kerja sebab mual memanjang, elok je doktor bagi MC. "Saya pun pernah kena macam ni, doktor lelaki juga. Dia kata kalau tak larat pakailah cuti, kenapa nak kena ambil MC," komen warga maya.