Ramai guru terpaksa turun padang ke rumah pelajar demi memastikan kehadiran mereka ke sekolah setiap hari. -Gambar hiasan AI
SELAIN tugas mengajar di dalam kelas, golongan guru sebenarnya terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab lain yang jarang diketahui masyarakat luar.Ada yang sanggup turun padang menjejak murid ponteng, menghubungi ibu bapa seawal pagi malah pergi sendiri ke rumah pelajar demi memastikan mereka hadir ke sekolah. Tindakan demi pemerkasaan sasaran 'tiada murid tercicir' itu bagaimanapun memberi tekanan berterusan kepada kesihatan mental segelintir guru terlibat sehingga ada yang mengalami keletihan melampau dan burnout.Ramai guru mengalami keletihan melampau disebabkan perlu mencapai KPI yang ditetapkan sekolah. -Gambar hiasan AIPerkara itu dikongsikan seorang pengguna Threads yang menceritakan pengalaman seorang guru Hal Ehwal Murid (HEM) di sebuah sekolah kerajaan yang didakwa mengalami tekanan sehingga menangis ketika mendapatkan rawatan di klinik.Menurutnya, guru berkenaan dikatakan tertekan kerana perlu berusaha meningkatkan kadar kehadiran murid ke sekolah."Ada guru HEM sekolah kerajaan datang klinik sambil menangis akibat burnout. Dia kata... doktor, demi menaikkan peratus kedatangan anak-anak ke sekolah, kami guru-guru dengan bantuan polis akan pergi ke rumah-rumah pelajar bermasalah.Guru HEM didakwa alami burnout sehingga menangis ketika mendapatkan rawatan di klinik akibat tekanan kerja.Guru sanggup turun padang bersama polis ke rumah murid bermasalah untuk mengajak mereka hadir ke sekolah.Ibu bapa turut dihubungi seawal pagi dan diminta mengejut serta menyiapkan anak untuk ke sekolah.Tekanan berpunca daripada usaha meningkatkan kadar kehadiran murid, bagi mengelakkan pelajar tercicir dan memenuhi sasaran yang ditetapkan.Netizen mempersoalkan beban tugas guru, malah ada yang menyifatkan guru kini terpaksa melakukan tugas di luar skop pengajaran demi mencapai KPI kehadiran pelajar.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ketuk pintu dan ajak mereka pergi sekolah. Kadang-kadang hubungi parents waktu pagi suruh kejut anak dan mandikan anak untuk ke sekolah," kongsinya di Thread.Seolah-olah terkejut dengan pengakuan guru terbabit, wanita ini kemudiannya secara sinis menyifatkan situasi yang berlaku itu sebagai 'layanan kayangan' dalam institusi pendidikan.Malah, dia turut membandingkannya dengan sekolah anaknya sendiri yang berbayar tetapi tidak pernah menawarkan layanan sedemikian rupa."Aku macam wow, sekolah percuma layanan kayangan... anak aku sekolah berbayar tapi tak cukup premium layanan," tambahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar biadab terkencing dalam seluar, takut masuk bilik disiplin lepas ‘body shaming’ cikgu - “Budak tu panggil aku Doraemon”ARTIKEL BERKAITAN: Tak kuasa nak layan drama ‘lapar perhatian’, tindakan berani guru ajar murid biadab dipuji - “Bagus cikgu buat macam tu!”Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menyifatkan tugas guru pada masa kini semakin mencabar dan melangkaui skop hakiki seorang pendidik."Kementerian Pendidikan dah boleh kot ubah prosedur, kalau murid tak datang sekolah banyak kali, biarkan saja dan tak perlu dipujuk lagi."Banyak sekolah kena buat macam ni sebab nak capai KPI kehadiran murid. Semakin ramai yang buat acuh tak acuh tentang kehadiran sekolah dan dapat keputusan teruk."Program bodoh yang diperkenalkan untuk menjadikan pelajar ni tuan dan guru-guru jadi hamba," demikian reaksi netizen.