SEORANG kakitangan klinik berkongsi kejadian mengejutkan apabila menerima panggilan daripada wakil sumber manusia (HR) sebuah syarikat bagi membuat semakan membabitkan seorang pekerja mereka.Menurutnya, wakil HR tersebut menghubungi klinik untuk mengesahkan sama ada pekerja terbabit hadir mendapatkan rawatan pada tarikh tertentu. Namun hasil semakan mendapati individu berkenaan tidak pernah hadir ke klinik pada tarikh dinyatakan.Ada pekerja sanggup mengambil MC demi menjaga anak sakit selepas tidak dibenarkan cuti kecemasan. -Gambar hiasan AI"HR ni maklum, pekerja dia selalu dapat MC daripada klinik kami. Tapi kali terakhir staf mereka tu datang klinik adalah pada 2024."HR dah mula pelik dan individu tu maklumkan MC yang pekerja dia dapat semua ada nama dan cop doktor yang sama sejak 2024 sehingga 2026," katanya.Berasa curiga, pihak klinik meminta wakil HR berkenaan menghantar gambar MC yang dikemukakan pekerja berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kena ugut dilapor ke SISPAA, ibu murid tadika bengang tak dapat MC nak jaga anak demam - “Dia kata aku kejam”ARTIKEL BERKAITAN: Mohon EL sebab anak sakit, bos zalim suruh pilih kerjaya atau dipecat! Wanita putuskan jaga 'maruah seorang ibu'"Tahu apa yang mengejutkan? MC tu guna templat lama klinik kami. Dulu, masa klinik awal-awal buka sekitar 2023 kami masih guna sistem lama."MC pun buat dekat Microsoft Word je sebab sistem lama tak boleh buat MC. Namun kami dah tukar ke sistem baru sekitar awal 2025," katanya.Berdasarkan MC yang digunakan pekerja terbabit, dia dipercayai hanya menukar tarikh pada templat lama MC sebelum mengemukakannya kepada majikan.Klinik dedah pekerja disyaki guna MC palsu.Rekod tunjuk individu tak hadir rawatan sejak 2024.MC digunakan rupa templat lama klinik.Pekerja dipercayai ubah tarikh MC.Netizen gesa tindakan tegas diambil.Ringkasan ini dijana oleh AI"Boleh pula tipu MC. Doktor kat klinik boleh ambil tindakan undang-undang sebab salah guna cop dia."Apa yang ada dalam fikiran orang-orang macam ni pun tak tahu la," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan menyarankan klinik mengambil tindakan terhadap pekerja tersebut kerana perbuatannya boleh memberi implikasi besar kepada banyak pihak."Manusia jenis macam ni yang buatkan sesetengah syarikat kenakan syarat aneh apabila nak MC sampaikan yang betul-betul sakit terpaksa pergi kerja."Jadikan kes polis je, ajar sikit orang macam ni, buat jejas imej doktor je,"kata netizen.