Beban makin bertambah, guru luah rasa terkilan dipaksa cari sumbangan untuk sekolah. -Gambar hiasan AI
TUGAS seorang guru bukan sekadar mendidik anak bangsa di dalam kelas, malah kini turut berdepan dengan pelbagai bebanan tugas pentadbiran dan pengurusan sekolah.Terbaharu seorang pendidik meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa pihak pentadbir sekolah mengarahkan para guru mencari sumbangan kewangan bagi membiayai kemudahan serta fasiliti sekolah. Lebih mengecewakan, guru yang gagal mendapatkan tajaan luar diminta membiayai sendiri jumlah yang ditetapkan dan diminta menganggapnya sebagai satu bentuk sedekah.Tugas mendidik memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan AI“Apa hukumnya kalau cikgu-cikgu dipaksa cari derma untuk fasiliti sekolah? Sekurang-kurangnya RM300.“Pentadbir kata kalau cikgu tak dapat cari derma, cikgu letaklah duit sendiri. Anggap sahaja sedekah. Ini dikira paksaankan? Apa hukum sedekah jika tidak ikhlas?," katanya.Guru itu berkata, dia tidak keberatan mengeluarkan wang sendiri, namun mempersoalkan keperluan menetapkan jumlah tertentu kepada setiap guru.ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh pembuli sampai rakan sekelas trauma ke sekolah, ibu tak percaya terus cari bukti... Lega guru jadi penyelamatARTIKEL BERKAITAN: Beban guru meningkat, kerja perkeranian pun kena buat... Ini ‘prompt’ AI mudahkan tugasan harian di sekolahMalah, dia turut menyuarakan kebimbangan terhadap nasib guru-guru muda yang baharu berkhidmat kerana mereka sudah tentu mempunyai pelbagai komitmen kewangan dengan jumlah pendapatan yang masih kecil."Kadang terfikir, bukankah sepatutnya ada peruntukan untuk fasiliti sekolah? Ke mana duit hasil cukai yang kita bayar? Hmm... sekadar luahan. “Bayangkan adik-adik junior yang baru posting. Gaji tak besar mana, kemudian macam-macam lagi nak guna duit.“Saya okay sahaja nak letak duit sendiri, tetapi perlu ke tetapkan jumlah? Saya cuma nak tahu apa hukumnya jika hati terdetik tidak ikhlas dengan jumlah tersebut?” katanya.Guru dakwa diminta mencari derma sekurang-kurangnya RM300.Guru yang gagal diminta menggunakan wang sendiri.Dia persoal kewajaran menetapkan jumlah sumbangan.Guru lain turut berkongsi pengalaman sama.Ada guru mendakwa perlu keluarkan hingga RM600.Ringkasan ini dijana oleh AINampaknya pengadu tidak berseorangan apabila perkongsiannya menarik perhatian guru-guru lain yang turut meluahkan masalah yang sama di sekolah masing-masing."Sekolah saya pun pentadbir suruh cikgu cari RM400 setiap seorang untuk belikan smart board. Walhal tu kerja pentadbir untuk cari duit."Saya tahun ni kena keluarkan RM350 jual kupon tapi tak laku jadi kena bayar. Kemudian RM300 jual tiket fun run untuk beli van sekolah."Awak RM300, kami RM600 kena jual tiket jamuan amal. RM120 per individu. Saya ada dua tiket lagi," luah guru-guru tersebut.