suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau duda tu baik, takkan bercerai?” - Wanita beri amaran, tak suka orang asing datang selidik latar belakang bekas suami

Bertanya mengenai kisah silam pasangan kepada bekas isteri dikhuatiri boleh menjejaskan keputusan untuk berkahwin. -Gambar hiasan AI

SEBELUM membuat keputusan untuk berkahwin dengan duda atau janda, seseorang itu perlu memahami bahawa bakal pasangan mereka mempunyai lipatan sejarah dan kisah silam tersendiri.

Di media sosial seorang wanita tampil memberikan pandangan bahawa seseorang itu tidak perlu mencari atau bertanya kepada bekas isteri atau suami untuk mengenali latar belakang bakal pasangannya.

Malah, dia sendiri pernah mengingatkan kepada bekas suaminya supaya tidak sesekali melibatkannya sekiranya lelaki itu berhasrat untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Tiada persefahaman menjadi punca pasangan bercerai. -Gambar hiasan AI

Tiada persefahaman menjadi punca pasangan bercerai. -Gambar hiasan AI

"Kenapa sesetengah orang cakap kalau nak kahwin dengan duda kena tanya dekat bekas isteri? Pada aku tak perlu.

“Aku pernah cakap dengan bekas suami, kalau dia nak kahwin jangan libatkan aku. Aku tak suka orang tanya-tanya pasal dia," katanya.

Menurutnya, dia bimbang seandainya jawapan yang diberi itu boleh mendatangkan kesan buruk kepada bekas pasangan yang ingin berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dah ‘warning’, wanita angau tetap kahwin duda... Sekarang menyesal ‘belang’ suami terbongkar selepas sebulan tinggal sebumbung

ARTIKEL BERKAITAN: Anak susah hati mak tengah ‘angau’ dengan duda kenal di TikTok, risau insiden kena ‘scam’ RM50,000 berulang

Justeru, dia menasihatkan mana-mana individu yang mahu mengahwini duda supaya menyelidik dan mengenali sendiri sikap lelaki berkenaan tanpa bergantung kepada cerita masa lalu.

“Kau nak tahu, kau siasat sendiri. Sebab biasanya benda yang keluar daripada mulut bekas isteri bukan semuanya baik. 

"Elok-elok nak kahwin, akhirnya takut tak jadi pula,” katanya.

Mengulas lanjut, dia berpendapat bahawa persepsi bekas isteri terhadap bekas suami jarang sekali positif memandangkan perpisahan sudah berlaku.

“Kalau duda tu baik, takkan kita bercerai, ye tak? Saya jenis tak nak campur, tengok muka pun tak nak.

"Jadi, isteri baharu dia tolong jangan sibuk tanya saya pasal laki dia. Sumpah menyampah,” luahnya.

  • Wanita pesan bakal isteri duda jangan tanya bekas isteri.
  • Katanya, kenali pasangan sendiri sebelum berkahwin.
  • Dia enggan campur tangan dalam rumah tangga bekas suami.
  • Cerita bekas pasangan dikhuatiri mempengaruhi keputusan berkahwin.
  • Netizen turut bersetuju dengan pandangannya.

Pandangan itu turut mendapat sokongan ramai warga maya yang bersetuju bahawa bakal pasangan sepatutnya bertanya kepada rakan terdekat atau memerhati sendiri perwatakan lelaki berkenaan, bukannya mendesak bekas isteri.

"Payah bekas isteri nak puji bekas suami. Tak perlu nak tanya, jalani la kehidupan dengan duda orang tu sebaiknya.

"Setuju. Lain orang lain pengalaman walaupun dari individu yang sama," komen warga maya.

Artikel Lain