suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak susah hati mak tengah ‘angau’ dengan duda kenal di TikTok, risau insiden kena ‘scam’ RM50,000 berulang

Setiap anak pasti tidak mahu ibu bapanya hidup susah di usia tua. -Gambar hiasan AI

KEHILANGAN pasangan hidup dilewat usia boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap seseorang namun ada memilih untuk mencari pengganti sebagai peneman. 

Namun bagi wanita ini, hubungan baharu ibunya menimbulkan kebimbangan apabila mendakwa bakal bapa tiri menunjukkan sikap mengongkong selain memberi pengaruh kurang baik.

Meluahkan kegusaran itu, dia dan adik-beradik lain tidak merestui hubungan tersebut kerana bimbang ibu mereka yang kini berusia 53 tahun akan menanggung kesusahan dan bukan kebahagiaan.

"Berdosakah seorang anak tak restu hubungan mak dengan lelaki baru sampai mak terasa hati?

Hubungan percintaan perlu mendapat persetujuan ahli keluarga. -Gambar hiasan AI

Hubungan percintaan perlu mendapat persetujuan ahli keluarga. -Gambar hiasan AI

"Kami tak mahu mak tanggung beban di usia dah tua-tua ni, lelaki itu pun tak ada rumah dan kami risau mak tak ada tempat tinggal," luahnya di Threads.

Lebih mengejutkan apabila wanita ini turut mendedahkan lelaki dikenali ibunya menerusi aplikasi TikTok itu tidak menunjukkan sebarang usaha semasa pertemuan kali pertama.

Malah ibunya yang bersusah payah mengambilnya di perhentian bas dengan alasan tidak reti menggunakan aplikasi peta.

"Mak ambil dia di stesen bas sebab datang dari Pahang, alasannya tak reti tengok Waze, kemudian makan dekat rumah untuk tengah hari dan malam.

  • Anak tak restu ibu bercinta dengan lelaki baharu kerana bimbang masa depan ibu.
  • Dakwa lelaki dikenali menerusi TikTok itu tiada rumah dan datang naik bas.
  • Lelaki terbabit merupakan duda yang mempunyai tiga anak.
  • Ibu pernah rugi RM50,000 akibat penipuan cinta, kini dakwa RM3,000 pula hilang.
  • Netizen minta keluarga bertindak bagi elak ibu terus menjadi mangsa.

"Lepas itu baru maklumkan yang kereta rosak, sebab itulah kena datang dengan bas. Lagilah kami adik-beradik risau sebab tak mahu mak hidup susah di usia 53 tahun.

"Dia merupakan seorang duda yang ada anak tiga orang," tambah pengadu sambil meluahkan rasa terkilan dengan sikap ibunya yang terus mencari 'pengganti' meskipun baru kehilangan suami.

Tambahan pula ibunya pernah ditipu sehingga kerugian RM50,000 semasa bercinta buat kali pertama selepas bapanya meninggal dunia.

"Ayah baru meninggal empat tahun lalu. Kali pertama mak bercinta dah kena scam RM50,000, tu duit hasil titik peluh ayah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu angau bercinta dengan pemuda kerja di London, terpesona tengok gaji juta-juta! Anak komplot dengan rakan demi halang hubungan

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa beri kejutan ketika sambutan ‘birthday’ mak, buat pengakuan nak poligami! Jatuh cinta janda TikTok mengaku pegawai bank

"Jadi kali ini, kami tak mahulah pisang berbuah dua kali, lagipun mak dah cerita kat adik-beradik dia yang duit dalam akaun hilang RM3,000," adunya sayu.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan ramai memintanya bertegas dan merampas telefon ibunya bagi mengelakkan masalah sama berulang.

"Mak-mak ni degil, nasihat anak tak mahunya didengar tapi cakap orang luar beria nak dengar pula.

"Ambil telefon mak dan sekat lelaki itu kemudian tukar password serta buang aplikasi TikTok," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain