suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jururawat bongkar kisah ‘gelap’ wad hospital... Saksi sendiri waris selongkar beg si mati cari kad ATM! - “Masa hidup seorang pun tak datang”

Ada keluarga yang sanggup berbalah demi berebut harta peninggalan simati. -Gambar hiasan AI

TUGAS jururawat bukan sekadar merawat pesakit di wad, sebaliknya mereka juga perlu berdepan dengan pelbagai kerenah waris sepanjang bertugas di hospital.

Menurut seorang jururawat, terdapat sesetengah waris yang hanya muncul selepas pesakit meninggal dunia walaupun mereka sudah dimaklumkan lebih awal oleh pihak hospital.

Lebih teruk katanya, ada waris yang tidak memberikan kerjasama sehingga kakitangan hospital terpaksa meminta bantuan daripada pihak polis untuk menjejak keluarga pesakit.

Harta pusaka boleh menjadi punca perbalahan ahli keluarga. -Gambar hiasan AI

"Kelakar. Selama pesakit tu dalam wad, seorang pun ahli keluarganya tak datang. Tak beli lampin pakai buang atau tisu untuk pesakit.

"Apabila (hospital) telefon suruh datang, dia kata salah nombor. Kita sampai minta polis carikan waris suruh datang wad sebab pesakit kritikal.

"Tapi apabila pesakit meninggal, keluarga tiba-tiba 'wujud' dan datang secara berperingkat. Mereka selongkar beg pesakit untuk ambil kad bank," dedahnya.

  • Jururawat kongsi kisah waris yang tidak hirau pesakit di hospital.

  • Dia mendakwa waris hanya muncul selepas pesakit meninggal dunia.

  • Dia juga mendakwa waris menggeledah beg arwah untuk mengambil kad bank.

  • Ramai jururawat lain turut berkongsi kisah hampir sama di ruangan komen hantaran itu.

Dalam perkongsian sama, jururawat berkenaan turut mendedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal yang diberikan waris semata-mata mahu mengelak daripada membersihkan ibu bapa sendiri.

"Ada (waris) siap cakap segan nak tengok aurat mak ayah sendiri. Masa hidup, keluarga tak hirau langsung. 

"Masa mati, berebut harta. Dasar tak tahu malu," tulisnya lagi menerusi Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu hati tengok pesakit nak buang lauk hospital, petugas KKM minta jamah - “Baik bagi saya, belum makan dari pagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sayu pesakit nazak sering bawa khabar ‘gembira’ buat keluarga sebelum pergi... Kongsi tanda seseorang itu ‘dah tak lama’

Perkongsian jujur itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya, terutamanya dalam kalangan petugas kesihatan yang turut berkongsi pengalaman pahit menghadapi situasi serupa.

"Lebih kurang sama cerita kita. Masa pesakit nazak, bini bawa ejen, katanya nak tukar nama kereta. Dia cop jari pakcik tu atas kertas. Memang jahat manusia tamak harta.

"Kami pun pernah hadap situasi sama. Masa pesakit mati, sekampung datang. Mereka bawa borang nak tuntut macam-macam," tulis beberapa individu.

Artikel Lain