suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Duit awak habis kena faraid!” - Wanita seru orang terlampau kedekut ubah sikap, hargai diri sebelum dijemput ajal

Ramai yang gigih bekerja mencari rezeki, tetapi dijemput Ilahi sebelum sempat bahagia melayari hidup. -Gambar hiasan

RAMAI yang sanggup bekerja keras serta mengetepikan kehendak diri demi memastikan kedudukan kewangan kekal kukuh untuk kegunaan pada masa depan.

Namun, menurut seorang wanita, usaha mengumpul wang tidak seharusnya membuatkan seseorang itu terlalu berkira sehingga lupa untuk menikmati kehidupan.

Katanya, dia simpati terhadap individu yang terlalu kedekut untuk menggembirakan diri sendiri hingga akhirnya dijemput Ilahi sebelum sempat merasa hasil titik peluh sendiri.

Duit simpanan boleh digunakan untuk melancong dan menikmati keindahan alam ciptaan Allah. -Gambar hiasan AI

"Pendapat saya ni agak kontroversi. Tapi hiduplah dengan baik. Menyimpan tu bagus, tapi jangan sampai tahap kedekut. Semua benda rasa berat nak beli walaupun ada duit.

"Awak simpan untuk hati tua, tapi akhirnya esok ditarik nyawa. Duit yang awak cari akhirnya habis kena faraid dan diagihkan kepada orang lain. Sikit pun tak pernah rasa untuk diri sendiri," ujarnya.

Dalam hantaran yang tular di Threads, dia juga menasihati orang ramai agar tidak terlalu kedekut untuk berbelanja demi menggembirakan diri sendiri.

  • Wanita tular selepas minta orang ramai agar tidak terlalu memikirkan soal simpanan untuk hari tua.
  • Dia berkata ramai individu yang menyimpan untuk hari tua sehingga lupa membahagiakan diri sendiri.
  • Dia kasihan melihat individu seperti itu yang berkemungkinan mati sebelum sempat menggunakan simpanan.
  • Dia juga memberi cadangan kepada orang ramai agar menggunakan duit simpanan untuk meneroka dunia.

"Saya cadangkan pergilah melancong. Boleh saja melancong dengan cara berjimat. Kamu dapat lihat dunia serta kebesaran Allah.

"Bukannya saya suruh habiskan wang simpanan tu. Tapi gunalah sikit-sikit untuk hari ini juga," pesannya lagi.

Hantaran yang meraih lebih 1,200 tanda suka itu turut dipenuhi dengan komen-komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Masa kawan susah kedekut nak tolong… Tiba waktu akaun sendiri kena ‘blocked’ terhegeh-hegeh nak pinjam RM50!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dilabel kedekut tak izin kawan sekolah pinjam BMW 3 Series bawa balik kampung - “Kau tiada anak sebab tu susah faham!”

"Sebaik kita meninggal, automatik harta-harta tu akan dibahagikan. Penat je kumpul banyak-banyak, akhirnya orang lain dapat.

"Setuju dengan kenyataan ini. Sebab tu saya guna je duit simpanan untuk pergi melancong jauh sikit.

"Jangan sampai tertekan cari duit untuk simpanan hari tua, takut nanti yang sihat jadi sakit pula," pesan netizen lagi.

Artikel Lain