SEJAK kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang tampil berkongsi cerita serta pengalaman masing-masing ketika berhadapan warga asing.Seorang pemuda turut meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah mengenai warga Bangladesh yang membuat gangguan bunyi di dalam pengangkutan awam. "Aku pantang apabila naik tren ada orang buat benda pelik-pelik. Ada seorang warga Bangladesh ni. Dia duduk di kerusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU), orang tua dan ibu mengandung.Sikap segelintir warga asing menyebabkan ramai warga tempatan marah. -Gambar hiasan AI"Lepas tu dia letak beg atas kerusi lain pula. Kemudian dia buka aplikasi TikTok dengan bunyi yang kuat gila. Memang sengaja nak bagi satu koc dengar," kongsi pemuda itu dalam hantarannya di Threads.Lebih menyakitkan hati, dia berkata warga asing itu tetap mengulangi perbuatannya walaupun sudah ditegur mengenai gangguan bunyi berkenaan."Kita ni darah pendekar. Aku suruh dia turunkan volume sikit. Mula-mula dia tutup telefon dan pandang aku. Lepas beberapa minit, dia buka balik telefon.Seorang pemuda tular selepas kongsi kisah warga Bangaldesh yang bising di dalam tren.Dia berkata warga asing itu membuka aplikasi TikTok dengan nada yang sangat kuat.Dia juga mendakwa warga asing itu duduk di kerusi khas untuk OKU, orang tua atau wanita mengandung.Warga Bangladesh itu akhirnya menghentikan gangguan bunyi dan keluar tren selepas ditegur dua kali.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bunyi TikTok dia kembali kuat. Aku dah hilang sabar. Kali ini nada suara aku dah berubah. Aku kata... kalau aku lempang muka kau bhai, baru kau tahu langit Malaysia ni tinggi ke rendah."Terus dia tutup telefon. Sampai stesen Masjid Jamek, dia terus turun. Kadang dengan mereka ni kita kena berkeras. Ajar adab dan cara kita supaya tak sesuka hati buat macam-macam di negara orang," ceritanya.Di ruangan komen, ramai pelayar Threads memuji keberanian pemuda itu yang menegur sikap warga asing berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bangladesh jadi imam di surau R&R, pemuda Malaysia tersentuh dengar bacaan - “Aku terbayang solat dekat Makkah”ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bengang mangga depan rumah kena rembat, sekali sauk 2 guni! - “Tengok gaya macam orang Bangladesh”"Negara kita perlukan orang macam kamu. Barulah manusia jenis tiada adab ni diajar sikit."Teruskan bang. Kita mahu macam ni supaya warga asing takut nak buat onar."Semoga ramai lagi rakyat Malaysia yang tegas dan berani macam ni," tulis netizen.