suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak suka staf dapat MC dua hari, majikan terus hantar mesej buang kerja... Alasannya beri rezeki dekat orang baharu!

Majikan sewajarnya bertimbang rasa apabila kakitangan mereka diberikan cuti sakit oleh doktor. -Gambar hiasan AI

BAGI mana-mana pekerja, cuti sakit (MC) bukanlah sesuatu yang sengaja diminta melainkan keadaan kesihatan memang tidak mengizinkan untuk bertugas.

Bagaimanapun, seorang individu tidak menyangka tindakan mengambil cuti sakit untuk berehat dan mendapatkan rawatan berakhir dengan pengalaman pahit dibuang kerja.

Menerusi satu luahan di Threads, dia meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa dianiaya majikan atas alasan syarikat memerlukan tenaga kerja yang lebih komited.

Setiap pekerja mempunyai hak untuk mendapatkan cuti sakit sekiranya keadaan kesihatan tidak mengizinkan untuk bekerja. -Gambar hiasan AI

"Pernah tak MC dua hari tapi kena buang kerja? Alasannya nak cari pekerja yang komited bekerja?" tulisnya.

Bagi mengukuhkan dakwaan tersebut, dia turut memuat naik tangkap layar mesej pemberhentian perkhidmatan yang diterima daripada pihak pengurusan syarikat.

"Memandangkan jadual production sibuk dan perlukan staf yang komited hadir kerja, syarikat terpaksa berhentikan anda. Perlu beri ruang kepada pekerja baru dan memudahkan urusan production. Terima kasih atas sumbangan tenaga dan masa yang diberikan," demikian mesej berkenaan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Perangai acah CEO rakan sekerja buat ramai meluat, suka kawal semua benda dekat pejabat... Makan dekat pantri pun kena soal!

ARTIKEL BERKAITAN: Staf pemalas bagi alasan hujan, lupa bos tahu tempat kerja dekat rumah... Matahari dah keluar tetap menipu nak cuti!

Tampil bersuara untuk mempertahankan haknya, individu tersebut mempertikaikan tindakan pihak syarikat yang seolah-olah tidak menghormati hak pekerja untuk mendapatkan cuti sakit apabila berdepan masalah kesihatan.

"Pekerja tak layak untuk cuti sakit?

"Semoga kita dijauhkan kilang yang sebegini. Allah tu ada. Semoga ada balasannya nanti," akhirinya.

  • Seorang individu mendakwa diberhentikan kerja selepas mengambil MC selama dua hari.
  • Individu itu meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa dianiaya majikan.
  • Majikan memaklumkan pemberhentian dibuat kerana memerlukan pekerja yang lebih komited hadir bekerja.
  • Individu berkenaan mempersoalkan hak pekerja untuk mendapatkan cuti sakit.
  • Netizen bersimpati dan mengkritik tindakan majikan yang didakwa tidak memahami keadaan pekerja.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap situasi individu berkenaan.

Mereka berpendapat majikan sepatutnya mengambil kira keadaan kesihatan pekerja sebelum membuat sebarang keputusan, lebih-lebih lagi jika cuti sakit diberikan dengan pengesahan doktor bertauliah.

"Manusia mana yang tak sakit? Baik bagi robot kerja.

"Aneh company macam ni. Sila fight ya dengan company macam ni," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain