suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru umur 46 dah berangan nak pencen... Anak bakal graduan tertekan ibu suruh bayar kereta, tanggung kos bercuti!

Seorang ibu sewajarnya memberikan sokongan kepada anak lebih-lebih lagi ketika mereka sedang bergelut untuk menamatkan pengajian. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pastinya mengharapkan kehidupan yang lebih selesa selepas sekian lama bekerja keras mencari rezeki demi memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Namun bagi seorang individu, tindakan ibu yang terlalu awal meletakkan tanggungjawab di bahunya ketika masih belum menamatkan pengajian membuatkan dia berasa tertekan

Menerusi satu perkongsian di Threads, individu berkenaan meluahkan rasa sedih apabila ibunya sudah menyatakan hasrat untuk berhenti kerja sebaik sahaja dia memperoleh pekerjaan tetap nanti.

Tekanan dari keluarga menjadi antara faktor seseorang pelajar sukar menumpukan perhatian kepada pelajaran. -Gambar hiasan AI

"Sedihnya, mak saya ni awal-awal dah cakap nanti apabila saya dah mula kerja, dia nak resign sebab dah penat. Mak saya baru berumur 46 tahun. 

"Dia juga dalam proses nak beli kereta baharu dengan tempoh pinjaman selama sembilan tahun. Kemudian awal-awal dia dah cakap supaya tolong hulur duit bayar kereta, insurance dan kos pergi bercuti.

"Saya pula sekarang ni final year student degree tapi belum buat latihan industri. Dia rancang nak beli kereta tu masa saya dah start intern nanti," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat jaga ibu uzur seorang diri, wanita tak sengaja lepaskan kemarahan sampai mak menangis... Sakit hati adik-beradik lepas tangan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuit sikit, suasana jadi awkward” - Wanita tanggung malu ibu tunjuk perangai ‘diva’, siap sindir bakal besan ziarah raya

Menurutnya, keadaan itu membuatkan dia semakin tertekan apatah lagi memikirkan diri sendiri hanya bergantung kepada wang pinjaman selain tidak mempunyai simpanan, namun dijadikan anak harapan untuk menyara keluarga. 

Tambah individu itu lagi, ibunya juga seolah-olah mengawal masa depannya apabila menyuruhnya memilih pekerjaan berdasarkan potensi gaji yang bakal diterima selepas tamat belajar.

  • Seorang individu meluahkan rasa tertekan apabila ibunya berhasrat berhenti kerja sebaik sahaja dia bekerja.
  • Ibunya turut merancang membeli kereta baharu dan berharap dia membantu membayar ansuran serta perbelanjaan lain.
  • Individu itu berkata dia masih belajar dan bergantung kepada PTPTN serta bantuan nenek.
  • Dia juga mendakwa ibunya menggalakkan pemilihan kerjaya berdasarkan gaji supaya dapat menyara keluarga.
  • Perkongsian itu mengundang reaksi netizen yang menasihatinya supaya mengutamakan diri sendiri terlebih dahulu.

"Dia memang Google gaji pekerjaan itu, kemudian buat kira-kira berapa saya boleh bagi dekat dia," luahnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan rata-rata berpendapat ibu bapa tidak seharusnya meletakkan beban kewangan kepada anak-anak sebelum mereka benar-benar stabil daripada segi kerjaya dan kewangan.

Dalam pada itu, ada yang menyarankan individu tersebut supaya lebih tegas dan memikirkan diri sendiri terlebih dahulu agar tidak terbeban dengan komitmen kewangan sebaik sahaja melangkah ke alam pekerjaan.

Artikel Lain