suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makan pun kena catu... Suami isteri tanggung azab lepas bermewah buat majlis kahwin, gaji habis bayar hutang RM40,000!

Ukur kemampuan diri dan elakkan berhutang semata-mata demi majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

RAMAI pasangan mengimpikan majlis perkahwinan mereka menjadi detik manis yang dikenang sampai bila-bila hingga sanggup mengeluarkan belanja besar bagi merealisasikannya.

Namun bagi seorang lelaki, kenangan indah hari bahagianya bertukar menjadi pengajaran paling berharga apabila dia terpaksa menanggung beban hutang puluhan ribu ringgit hanya demi memenuhi sebuah majlis impian.

Menerusi satu luahan, lelaki berkenaan mengakui dia dan isterinya memulakan alam rumah tangga dengan tanggungan hutang sebanyak RM40,000 yang dibuat semata-mata untuk membiayai kos kenduri perkahwinan mereka.

Pasangan muda disaran mengelak berhutang demi mengadakan majlis perkahwinan mewah. -Gambar hiasan AI

Pasangan muda disaran mengelak berhutang demi mengadakan majlis perkahwinan mewah. -Gambar hiasan AI

"Aku kahwin dengan hutang RM40,000. Bukan hutang rumah tapi hutang majlis. Dekorasi floral mahal, dulang cantik. Pelamin macam istana.

"Tetamu puji, gambar nampak cantik dan di Instagram kelihatan sempurna," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu ‘penjajah’ juga nak pasang! Bapa saudara pengantin marah ‘emcee’, suruh cari muzik mesra orang kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Anak nak kahwin, mak pula keliling kampung minta tajaan... Wanita panas hati ibu sering jadi ‘target’ pinjam duit jiran muka tembok!

Bagaimanapun, hanya dua bulan selepas majlis berlangsung, realiti kehidupan mula menghimpit apabila mereka terpaksa mencatu makanan kerana sebahagian besar pendapatan digunakan untuk membayar ansuran pinjaman.

"Dua bulan lepas kahwin, aku duduk dapur makan mi segera dengan bini aku. Bukan sebab tiada duit nak masak tapi duit semua dah bayar ansuran pinjaman.

"Pinjaman ni kami ambil semata-mata nak kejar standard kenduri orang lain," katanya.

Lebih menyentuh hati, si isteri pernah meluahkan satu kata-kata mendalam yang sehingga kini masih terpahat dalam ingatannya.

"Malam tu bini aku cakap satu ayat yang aku tak lupa sampai sekarang. Katanya... kalau tahu macam ni, baik kita nikah simple, lepas tu pergi bercuti.

"Dan dia betul, majlis perkahwinan tu sehari tapi hutang tu bertahun," katanya.

  • Lelaki akui berhutang RM40,000 demi majlis kahwin impian.
  • Pasangan terpaksa berjimat kerana wang habis bayar pinjaman.
  • Isteri menyesal tidak memilih majlis yang lebih sederhana.
  • Ramai netizen berkongsi pengalaman berhutang demi kenduri.
  • Perkongsian itu menjadi peringatan agar tidak mengejar kemewahan.

Perkongsian jujur itu nyata menarik perhatian warga maya, dengan ramai bersetuju bahawa senario berhutang demi majlis perkahwinan bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat.

"Kawan sekampus saya hutang kahwin sampai RM100,000. Tapi lepas lima tahun mereka bercerai. Habis harta benda tergadai tapi hutang masih belum selesai.

"Kawan saya macam ni juga, anak dah tiga tapi hutang kahwin tak habis bayar lagi. Kesian sungguh.

"Kalau baru nak kahwin, tanya diri dulu apa objektif majlis tu. Kalau sekadar nak nampak mewah di mata orang, tak perlu," komen warga maya.

Artikel Lain