suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bos pertikai cuti umrah, soal siasat kenapa lama sangat... Siap bangkitkan isu kerja bertimbun di pejabat!

Bagi memastikan kelancaran operasi syarikat, permohonan cuti panjang perlu dikemukakan lebih awal untuk pertimbangan pihak pengurusan. -Gambar hiasan AI

RAMAI dalam kalangan pekerja akan merancang cuti tahunan jauh lebih awal demi memenuhi komitmen peribadi atau keluarga, terutamanya apabila melibatkan urusan keagamaan yang memerlukan persiapan rapi.

Namun, berbeza pula nasib seorang wanita apabila permohonan cutinya untuk menunaikan ibadah umrah dipersoalkan majikan, biarpun dia sudah membuat pemakluman awal bagi mengelakkan urusan pejabat terganggu.

Menerusi satu luahan di Threads, wanita berkenaan menyuarakan rasa terkilan dengan sikap majikannya yang disifatkan kurang bertimbang rasa terhadap urusan ibadah.

"Kenapa apabila staf nak ambil cuti untuk menunaikan umrah, majikan masih nak persoalkan? Ditanya... kenapa pergi lama sangat? Habis itu, kerja dekat pejabat macam mana?

"Saya dah maklumkan cuti lebih awal, bukan last minute. Bukankah itu yang sepatutnya dibuat supaya kerja saya boleh dirancang?" tulisnya dalam satu hantaran.

Menjadi impian setiap umat Islam untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah atau haji. -Gambar hiasan AI

Malah, wanita itu berkata dia turut berasa hairan apabila majikannya seolah-olah tidak bertimbang rasa biarpun sudah menjelaskan permohonan cutinya itu untuk urusan ibadah umrah sepenuhnya. 

"Takkan sampai saya perlu bawa laptop ke Tanah Suci untuk selesaikan kerja sambil buat umrah? Tak boleh ke hormat agama orang lain? 

"Saya explain untuk buat ibadah, dia masih tak faham juga. Saya tengok bos lain walau bukan Muslim, mereka faham je. Ini semua mengenai common sense,"ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu pejabat terdiam tengok aku“ - Bertanya sebab tak faham kerja, pelajar ‘intern‘ tahan malu ditengking pekerja senior

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada pekerja tak kisah gaji rendah... Syukur dapat bos baik, kawan ofis bukan jenis toksik!

Tambah wanita berkenaan, seorang majikan seharusnya mempunyai sikap bertimbang rasa serta memahami keperluan peribadi pekerja, lebih-lebih lagi apabila perkara tersebut sudah dimaklumkan lebih awal.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di ruang komen, dengan rata-rata warga maya menyarankan agar wanita itu melaporkan perkara berkenaan kepada jabatan sumber manusia (HR).

Tidak kurang juga ada yang berpendapat situasi tersebut seolah-olah petanda supaya wanita berkenaan mengundur diri agar tidak terus berada di dalam persekitaran majikan toksik.

  • Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila cuti umrah dipersoalkan majikannya.
  • Dia mendakwa sudah memaklumkan cuti lebih awal bagi memudahkan urusan kerja.
  • Wanita itu hairan apabila masih diminta memikirkan kerja ketika berada di Tanah Suci.
  • Dia berharap majikan lebih memahami dan menghormati urusan ibadah pekerja.
  • Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan ada yang menyarankan dia pindah tempat kerja.

"Sementara tu, my boss expected me selalu login even bawa laptop waktu haji. Respons saya? Sila meninggal. 

"Rezeki Allah tu luas. Banyak lagi isu yang nak kena tolerate dengan majikan ni. Tapi isu agama, tak daya aku berbalah.

"Apabila bos persoalkan urusan ibadah... lari," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain