DITENGKING oleh bos atau rakan sekerja hanya disebabkan perkara kecil boleh meninggalkan trauma apatah lagi ia dilakukan di hadapan orang ramai.Seperti diceritakan pelatih industri ini, dia terpaksa menanggung malu selepas ditengking salah seorang kakitangan hanya kerana dia meminta penjelasan mengenai tugasan diberikan. Apa lebih memalukan, ruang kerja dengan konsep terbuka bertukar sunyi kerana terkejut dengan situasi tersebut.Suasana tempat kerja toksik boleh memberi kesan negatif pada pekerja. -Gambar hiasan"Dah la minta tolong aku buat kerja. Bila aku tanya macam mana, sebab tak faham ditengking."Satu ofis terdiam tengok aku. Perempuan tu memang kurang ajar. Sudah la muda daripada aku. Tolong la jangan biadab."Aku tahu aku intern je tapi pengurus dan penyelia saya baik je. Tegur dan tak pernah tengking tapi awak memang kurang ajar," ujarnya.Katanya, sebelum insiden itu berlaku dia berasa gembira menjalani latihan di syarikat tidak didedahkan berkenaan kerana kebanyakan kakitangan bersikap mesra.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ikut Gen Z anak orang kaya! Wanita tegur pelajar ‘intern’ cipta budaya bagi hadiah satu pejabatARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern panas hati dituduh asyik balik awal, staf kontrak siap ugut gagalkan latihan industri - “Tolonglah jangan jahat sangat”Bagaimanapun, pengalaman ditengking itu didakwa membuatkan semangatnya untuk meneruskan latihan industri merudum sehingga berasa burn out (tertekan)."Pekerja dekat syarikat ni baik sangat tapi dia tu memang kurang ajar. Hancur mood aku. Memang tak ada hadiah atau goodies la untuk semua orang."Aku rasa staf lain sudah buat laporan awal daripada aku dan pihak sumber manusia (HR) pun sudah maklum insiden ni sebab petang lepas kejadian tu dia baik je dengan aku.," jelasnya.Pelatih industri dakwa ditengking staf depan satu pejabat, hilang semangat teruskan latihan.Bertanya sebab tak faham tugasan, intern terkejut dimarah depan rakan sekerja.Suasana pejabat bertukar janggal selepas pelatih industri didakwa ditengking staf.HR didakwa sedar insiden, staf yang tengking intern berubah sikap pada hari sama.Netizen gesa pelatih industri lapor kepada HR dan pihak universiti selepas ditengking.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, ramai netizen menyarankan agar pelatih industri itu membuat laporan rasmi kepada HR kerana menyifatkan tindakan meninggikan suara di tempat kerja sebagai tidak profesional."Kau buat je report hantar dekat HR sebab dia biadab nak mampus."Berbincang dengan penyelia awak. Beritahu fasal staf tu dan macam mana insiden tu kacau awak punya latihan industri. Tengok mereka ambil tindakan tak. Jika tidak, lapor pada pihak universiti," komen beberapa warganet.