suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita rela bermasam muka dengan keluarga, tak izinkan sepupu tumpang sambut hari lahir anak di majlis sanding

Keluarga perlu menghormati perasaan dan keputusan bakal pengantin. -Gambar hiasan AI

MAJLIS perkahwinan sepatutnya menjadi detik paling bermakna buat bakal pengantin namun, tidak semua persiapan menuju hari bahagia berjalan lancar apabila ada sahaja perkara tidak diduga terjadi.

Begitulah situasi dihadapi seorang wanita bertengkar dengan ibu bapanya gara-gara permintaan seorang sepupu yang mahu menumpang menyambut hari lahir anaknya ketika majlis persandingannya.

Menurut wanita berkenaan, tarikh persandingannya kebetulan jatuh pada hari lahir anak sepupunya yang berusia tujuh tahun.

"Sepupu mesej aku dekat WhatsApp cakap nak minta anak dia potong kek sekali masa upacara aku tu. Aku tak balas mesej dia. Aku tak nak la.

Tolak ansur penting bagi mengelakkan konflik dalam keluarga terjadi. -Gambar hiasan

"Dah kenapa nak potong kek sekali dengan anak kau? Lepas tu dia beritahu mak dia. Jadi makcik aku ini hubungi ayah aku beritahu fasal benda ni," cerita wanita itu di Threads.

Wanita itu turut mempersoalkan alasan sepupunya yang mendakwa tidak sempat menyambut hari lahir anak kerana menghadiri majlis perkahwinannya.

"Sepupu gunakan alasan datang kenduri aku sebab itu tak sempat nak raikan sambutan birthday anak dia. Kalau macam itu tak payah datang la. 

ARTIKEL BERKAITAN: 18 tahun lalu kena jeling sebab bersanding tumpang pelamin orang, pasangan ini 'kahwin semula' buat majlis lebih gah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'mogok' famili ipar tumpang rumah buat majlis hari jadi... Sakit hati suami bagi idea, suka hati pelawa tanpa bincang

"Semak nak menempel majlis kahwin aku. Kenapa ya manusia ini tak ada common sense langsung? Ayah hubungi cakap aku berkira dengan budak tujuh tahun sebab tak nak potong kek sekali.

"Aku gaduh la apa lagi sebab penat kenduri lagi sebulan asyik bergaduh je," ujarnya menceritakan ujian dihadapi sebelum majlis menjelang tiba.

Dalam perkembangan terbaharu, wanita itu berkata bapanya memaklumkan sepupunya mungkin tidak akan menghadiri majlis tersebut.

  • Tak rela sepupu tumpang sambut hari lahir anak di majlis sanding.
  • Enggan kongsi acara potong kek dengan anak sepupu.
  • Dituduh berkira selepas tolak permintaan sepupu.
  • Isu tumpang majlis cetus pergaduhan keluarga.
  • Pertahan majlis impian, tak mahu kongsi sambutan lain.

Namun, dia menegaskan perkara itu tidak menjadi masalah kerana majlis berkenaan dibiayai hasil titik peluhnya sendiri dan tetap mahu mempertahankan impian memiliki majlis perkahwinan seperti diinginkan.

"Eleh sepupu aku nak merajuk sebab aku tak layan. Lantak kau la datang ke tak, aku tetap kahwin dan bukannya guna duit kau.

"Tak apa jadi jahat sebab ini majlis kahwin aku. Aku penat cari duit nak ada dream wedding. Dia senang hati nak tumpang majlis. Memang tak la saya nak bagi," ujarnya.

Artikel Lain