Segelintir individu tidak menyedari permintaan untuk mengirim barang kepada seseorang boleh menimbulkan rasa kurang senang. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali ada rakan atau kenalan bercuti ke destinasi popular, pasti akan ada individu yang tidak melepaskan peluang untuk 'menumpang' membeli pelbagai barangan.Walaupun ada yang menganggap ia perkara biasa atau sekadar meminta pertolongan, namun tidak semua selesa dengan 'budaya' mengirim yang semakin dianggap normal. Berdepan situasi sama berulang kali, seorang wanita tampil membuat teguran terhadap sikap segelintir individu yang gemar mengirim pelbagai barangan setiap kali mengetahui orang lain bercuti.Percutian yang sepatutnya menjadi waktu berehat bertukar penat apabila terpaksa membawa pulang pelbagai kiriman daripada kenalan. -Gambar hiasan AI“Boleh tak, jangan normalisasikan budaya kirim-mengirim ni? Sebagai contoh, aku pergi Cameron Highlands, kau kirim jagunglah, buahlah, apa-apa sajalah."Orang pergi bercuti, bukan pergi beli barang-barang kau," luahnya.Menurutnya, keadaan menjadi lebih memenatkan apabila ada individu membuat tempahan secara pukal hingga menyusahkan orang lain yang sedang bercuti.ARTIKEL BERKAITAN: Asyik kirim ‘air liur’ je... Wanita rimas rakan pejabat tak pernah bayar makanan dipesan - “Kau tak malu ke?”ARTIKEL BERKAITAN: Budak intern dah tak tahan jadi ‘kuli batak’ beli makanan... Rakan hanya goyang kaki, beri alasan malas keluar sebab panas”Lepas tu kirim bukan sikit-sikit. Nak 100 pek. Yang 100 pek ni memang betul berlaku... bukan strawberi. Tiap kali aku pergi, tiap kali itulah dia kirim. Agak-agaklah," katanya.Tambah wanita itu, dia sendiri tidak pernah mengirim barangan kerana memahami tujuan sebenar seseorang pergi bercuti."Aku pun tak pernah kirim apa-apa kalau orang pergi bercuti."Dah kena cari barang-barang kau pula. Bukannya kau tak pernah pergi. Pernah je. Susah hadap manusia yang tak ada common sense ni," katanya lagi.Seorang wanita meluahkan rasa geram terhadap 'budaya' mengirim barangan apabila seseorang pergi bercuti.Menurutnya, orang bercuti untuk berehat, bukannya menjadi 'runner' membeli barang kiriman orang lain.Dia mendakwa ada kenalan tergamak mengirim dalam kuantiti banyak sehingga menyusahkan.Perkongsiannya mengundang perhatian dengan ramai warga maya mengakui pernah berdepan situasi sama.Ada netizen mencadangkan agar mereka yang bercuti tidak buat perkongsian langsung di media sosial bagi mengelakkan menjadi 'sasaran'.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya kerana turut pernah melalui situasi sama."Pernah balik Penang. Ada kawan kirim asam jeruk yang popular tu. Memang tak layan. Kitanya naik bas."Lagi satu, orang pergi umrah haji, boleh pula kirim suruh beli kurma, jubah... Dah lah kirim tak bagi duit," komen netizen.Dalam pada itu, ada juga warga maya yang menyarankan agar mereka yang sedang bercuti tidak berkongsi lokasi atau memuat naik gambar di media sosial secara langsung bagi mengelakkan menjadi 'sasaran' individu yang gemar mengirim pelbagai barangan.