BUNGA sering dianggap sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan, malah ia juga menjadi antara hadiah yang cukup bermakna buat kebanyakan wanita.Namun, tidak disangka pemberian manis seperti itu rupanya boleh mencetuskan rasa kurang senang orang sekeliling. Seorang gadis berkongsi kenangan pahit manis apabila hadiah sejambak bunga yang diterimanya telah menimbulkan rasa cemburu dalam diri salah seorang rakan serumahnya.Menurutnya, dia pernah menerima sejambak 30 kuntum bunga ros, namun kebahagiaan itu dipersoalkan secara terang-terangan oleh rakan serumahnya.Hargai dan jangan sesekali cemburu dengan kebahagian rakan-rakan. -Gambar hiasan AI"Dia tanya kenapa saya yang tak secantik dia boleh dapat bunga. Saya cakap, bukan saya yang tentukan cantik atau tidak. "Jadi orang yang bagi bunga itulah yang buat penilaian," katanya.Cerita tentang bunga tidak berhenti di situ.Menurut gadis tersebut, keesokan harinya dia bersama seorang lagi rakan serumah ternampak wanita berkenaan keluar dari sebuah kedai bunga yang terletak di tingkat bawah rumah sewa mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Ingat dah selamat buang hiasan ‘puaka’ ke tong sampah... Wanita trauma bunga kering tiba-tiba ‘pulang’ ke rumah!ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pandang sebelah mata suami bagi hadiah bunga murah, rasa tak dihargai - “Setakat nilai RM200 aku boleh beli sendiri!”"Dia keluar bawa tiga kuntum bunga ros, kami ingatkan dia nak bagi dekat seseorang. Lepas tu dia naik ke rumah sambil tunjuk bunga tadi."Lepas tu dia cakap... Tada! Orang pun dapat bunga... tiga kuntum maksudnya I love you!'"Saya dan seorang lagi rakan hanya berpandangan sebelum mengucapkan tahniah dan berkata seronoknya ada orang bagi bunga tanda cinta," katanya.Gadis kongsi kisah rakan serumah cemburu selepas dia menerima bunga.Rakan persoal kenapa dia yang dapat sejambak ros.Wanita itu kemudian beli tiga kuntum bunga ros sendiri.Gadis itu tidak sampai hati mentertawakan tindakannya.Kisah itu mengundang reaksi netizen.Ringkasan ini dijana oleh AITambahnya lagi, wanita itu kemudian terus melangkah masuk ke bilik dalam keadaan penuh gembira sambil memeluk erat tiga kuntum bunga ros berkenaan."Sesungguhnya nak gelakkan tak sampai hati. Kadang kebahagiaan kita rupanya membuatkan orang lain rasa jauh dan rasa derita," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang rata-rata mengakui pernah melihat individu terdekat dengan mereka bertindak demikian."Waktu sekolah dulu pernah teman kawan pergi beli coklat. Masa naik bas boleh dia cerita kat kawan-kawan lain dia dapat coklat," komen netizen.